“Tunggakan Sampai RM15,000 Pun Ada..” – Tindakan Kondominium Papar Nama Pemilik Gagal Bayar Yuran Penyelenggaraan Curi Perhatian Ramai

17 Apr 2025 • 2:46 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pengurusan sebuah kondominium mencuri perhatian ramai apabila mengambil langkah luar biasa dengan memaparkan maklumat pemilik yang culas membayar yuran penyelenggaraan menerusi papan tanda digital bersaiz besar di pintu masuk kediaman tersebut.

Langkah ini diambil selepas pelbagai usaha untuk menuntut tunggakan yuran daripada segelintir pemilik gagal membuahkan hasil, meskipun mereka terus menggunakan fasiliti yang disediakan seperti biasa.

image is not available

Dalam video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @staywoke.property, papan digital itu memaparkan nama penuh pemilik, nombor unit, serta jumlah tunggakan yang belum dijelaskan sehingga 31 Disember 2024.

Difahamkan, ada tunggakan mencecah puluhan ribu ringgit dan sebahagiannya telah dibawa ke mahkamah, namun masih tiada tindakan susulan daripada pihak terbabit.

Langkah tersebut bukan sahaja bertujuan memberi peringatan, malah dipercayai sebagai usaha untuk memberi tekanan sosial dan memalukan mereka yang gagal menjalankan tanggungjawab kewangan kepada komuniti.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen mengakui terkejut, namun menganggap kaedah itu sebagai pendekatan kreatif dan berkesan untuk menyedarkan pemilik unit yang masih berdegil.

Tidak kurang juga yang menyuarakan kebimbangan bahawa pemilik sebenar mungkin hanya menyewakan unit mereka, dan penyewa tidak maklum akan tunggakan tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 21 hours ago

Kenakan Caj RM80 Tapi Kucing Dibiarkan Terabai, Tempat Perlindungan Haiwan Di Gombak Ini Dikecam NGO