
Semenanjung dan Sarawak berdebat tentang papan tanda di Kuching Marathon
Sarawak Je Paling Harmoni, Papan Tanda Kuching Marathon Jadi Perdebatan Sarawak Dan Semenanjung. Baru-baru ini, satu hantaran tular mengenai perdebatan sign semasa Kuching Marathon antara rakyat Sarawak dan Semenanjung.
Menerusi perkongsian di aplikasi X, individu tersebut memuat naik gambar sign yang ditulis ‘Hurry the Kenyans are already drinking the beer’. Sign tersebut menjadi pertelingkahan antara mereka.

Memuji sign itu serta berseloroh orang semenanjung tidak buat sign seperti itu
Difahamkan,, individu tersebut memuji sign berkenaan sesuai diletakkan semasa Kuching Marathon dan lawak. Malah, dia turut berseloroh bahawa sekiranya marathon di Semenanjung, sukar untuk melihat sign lawak seperti itu.
Bagaimanapun, rata-rata pengguna media sosial mula berdebat mengenai perkara itu. Seorang netizen dari semenanjung turut berseloroh dan menyatakan bahawa mereka memang jenis yang serius dan tak boleh bawa bincang.
Namun, menaik kemarahan netizen dan mula berdebat
“Memang Semenanjung takda pun buat lawak macam ni, semua serius, muka berkerut jenis tak boleh bawa bincang.
“Sarawak harmoni je boleh buat, lawak terpaling harmoni tahap bini Taib Mahmud keturunan Kurdistan boleh jadi Bumiputera Melanau punya harmoni,” tulis individu tersebut di laman X.

Bahkan, ada juga yang berkata, orang semenanjung tak faham budaya luar dan hanya hidup di dalam dunia mereka sendiri.
“Bila orang kata having beer maksudnya they get the job done and relaxing, tapi orang semenanjung mana faham,” ujar salah seorang netizen dari Sarawak.
“Kat semenanjung jarang orang rilek dengan beer, selalunya lepak mamak ramai-ramai je. Well kalau negeri paling harmoni lain lah, kalau boleh 24 jam nak teguk je,” kata seorang lagi netizen dari semenanjung.
Berlangsung 1 Oktober lalu dan pelari Kenya kuasai empat tempat teratas
Untuk makluman, Kuching Marathon telah berlangsung pada 1 Oktober lalu dengan 10,000 hingga 11,000 peserta mengambil bahagian dalam acara larian bertaraf antarabangsa itu.
Menurut sumber, pelari Kenya menguasai empat tempat teratas kategori full marathon terbuka lelaki Kuching Marathon 2023.


