Sarawak, N9 & Lembah Klang Catat Bacaan IPU Tidak Sihat, Ramai Rakyat Malaysia Bimbang Dengan Situasi Jerebu

LocalEnvironment
26 Aug 2026 • 10:52 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sehingga hari ini (26 Ogos), situasi jerebu di seluruh negara dilihat belum reda malah semakin merosot di sesetengah kawasan. Setakat 10 pagi ini, 14 kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), berikut adalah 10 kawasan yang mempunyai bacaan IPU tertinggi:

  1. Sri Aman, Sarawak (166)
  2. IPD Serian, Sarawak (164)
  3. Nilai, Negeri Sembilan (162)
  4. Samarahan, Sarawak (162)
  5. Cheras, Kuala Lumpur (159)
  6. Putrajaya (158)
  7. Shah Alam, Selangor (157)
  8. Seremban, Negeri Sembilan (157)
  9. Johan Setia, Selangor (156)
  10. Batu Muda, Kuala Lumpur (152)

Sekadar info, IPU digunakan untuk mengenal pasti tahap kualiti udara di sesebuah kawasan. Secara umumnya, semakin tinggi nilai IPU, semakin tinggi tahap pencemaran dan risikonya terhadap kesihatan manusia.

Berikut adalah kategori bagi bacaan IPU:

  • 0 -50: Baik
  • 51 – 100: Sederhana
  • 101 – 200: Tidak Sihat
  • 201 – 300: Sangat Tidak Sihat
  • 301 ke atas: Berbahaya

Jerebu Di Malaysia Dijangka Berlarutan Hingga Hujung September

Menurut Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd. Hisham Mohd Anip, jerebu ini dijangka berlarutan sehingga penghujung bulan September dan bergantung kepada situasi kebakaran hutan di Indonesia.

Reaksi Rakyat Malaysia Tentang Keadaan Jerebu Yang Semakin Merosot

Bimbang dengan udara berbahaya pada ketika ini, ramai di kalangan netizen berkongsi pandangan mereka di akaun media sosial masing-masing.

Seorang pengguna Threads dikenali sebagai Syukran mengingatkan orang ramai untuk mengurangkan aktiviti di luar rumah terutamanya buat mereka yang kerap bersenam.

“Geng-geng briskwalk sekalian. Jerebu kuat ya dekat luar. Pakai pelitup muka atau lagi best duduk je dalam rumah,” katanya.  

View on Threads

“Mata Pedih, Jemur Baju Bau Asap” – Netizen

Malah ada yang berkata keadaan jerebu sekarang memberi impak kepada kesihatan penduduk di negara ini.

“Terima kasih Indonesia. Rakyat Malaysia bernafas asap sekarang. Mata pedih, hidung pedih, tekak sakit. Semua orang sakit. Jemur baju, baju bau asap,” sindir seorang wanita.

View on Threads

“Aku rasa semua negara jiran patut bersama-sama dan saman pemerintah Indonesia sekarang. Mata saya dan tekak sakit duduk dekat luar,” kata seorang lagi wanita.

View on Threads

Aktiviti Pembukaan Tanah Menerusi Pembakaran Di Indonesia Dilarang – Prabowo

Semalam (25 Ogos), Presiden Indonesia, Prabowo Subianto berkata kebakaran hutan dan tanah sekitar Indonesia telah mula dikawal di beberapa kawasan. Malah beliau juga menzahirkan harapannya supaya keadaan jerebu ini dapat diselesaikan sepenuhnya dalam tempoh satu atau dua minggu akan datang.

Dalam pada itu, Prabowo turut menegaskan larangan keras terhadap sebarang aktiviti pembukaan tanah menerusi pembakaran terbuka di seluruh Indonesia.

Tips Penjagaan Kesihatan & Gejala Kesan Jerebu Yang Perlu Diperhatikan

Sebagai penduduk Malaysia, apa yang kita boleh lakukan sepanjang jerebu ini masih melanda negara adalah dengan mengikuti langkah pencegahan selain mengamalkan tips penjagaan kesihatan seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini. Antaranya:

  • Kurangkan aktiviti fizikal di kawasan luar rumah.
  • Memakai pelitup muka di tempat awam.
  • Tutup tingkap bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam bangunan.
  • Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
  • Memasang alat pendingin hawa dan penapis udara untuk pengudaraan yang baik.
  • Dapatkan rawatan kesihatan secepat mungkin sekiranya tidak sihat.
Image from: Sarawak, N9 & Lembah Klang Catat Bacaan IPU Tidak Sihat, Ramai Rakyat Malaysia Bimbang Dengan Situasi Jerebu
Foto: Sekadar hiasan
Sumber: Malay Mail

Sekiranya mengalami simptom-simptom di bawah, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan:

  • Gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  • Sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
  • Mata pedih dan berair.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Kulit badan terasa gatal-gatal.
  • Sakit dada.

Baca Artikel Berkaitan: Isu Jerebu, Kementerian Kesihatan Keluarkan 10 TIPS Jaga Kesihatan Semasa Jerebu

Baca Artikel Berkaitan: Jerebu Malaysia Bukan Berpunca Daripada Indonesia – Menteri Alam Sekitar & Perhutanan Indonesia

Baca Artikel Berkaitan: Jaga-jaga, Selepas Jerebu Ribut Petir Bakal Tiba

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved