Sarawak Pilihan Pertama, Guru Semenanjung Ini Teruja Dapat Posting Ke Lawas

19 Dec 2023 • 6:20 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tak semua bakal guru gembira ditempatkan di luar bandar Sarawak seperti guru ini

Sarawak Pilihan Pertama, Guru Semenanjung Ini Teruja Dapat Posting Ke Lawas. Sesiapa sahaja yang baru hendak memulakan karier yang diminati tentunya berasa teruja, apatah lagi untuk merasai suasana baharu dan rakan baharu yang akan bersama-sama menempuh suka duka.

Begitu jua dengan seorang bakal pendidik ini yang turut berkongsi kegembiraannya menerima berita penempatan sekolah tempatnya mengajar. Cikgu yang dikenali dengan nama TikTok, sir.adwa ini nyata teruja untuk menaburkan bakti di Sarawak!

image is not available
Sarawak Pilihan Pertama, Guru Semenanjung Ini Teruja Dapat Posting Ke Lawas. Guru dengan nama TikTok sir.adwa berkongsi kegembiraannya ditempatkan di Sarawak.

Miliki jiwa merantau, Sarawak pilihan pertama penempatan mengajar

Menerusi video yang dikongsikannya di TikTok, beliau bersyukur ditempatkan di Sarawak. Apatah lagi Sarawak merupakan pilihan pertama penempatannya.

Beliau memberitahu bahawa pilihannya untuk berkhidmat di Sarawak didorong oleh jiwa merantau. Tak ramai yang memiliki semangat peneroka seperti sir.adwa ini.

Ditempatkan di sebuah sekolah rendah di Lawas, bakal guru yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah dalam bidang Pedagogi ini mengakui beliau agak terkejut ditempatkan di daerah utara Sarawak itu kerana belum pernah mendengar nama daerah Lawas.

Namun, ini tidak sesekali mematahkan semangat beliau untuk menggunakan ilmu mengajarnya untuk mendidik anak-anak di Bumi Sarawak. Tok bok steady!

Di akhir videonya, beliau mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan guru yang telah mendapat keputusan penempatan sekolah sekaligus mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka.

Sikap yang sepatutnya ada dalam diri setiap guru

Beginilah sikap yang sepatutnya diterapkan dalam diri setiap bakal pendidik, di mana semangat untuk mendidik anak bangsa tidak sepatutnya mengira tempat dan latar belakang. Baik di bandar mahu pun di luar bandar, mendidik dengan ikhlas sudah menjadi tanggungjawab mereka yang telah berjanji menggalas amanah menjadi seorang guru.

Tahniah diucapkan buat sir.adwa dan guru-guru Malaysia yang telah mendapat penempatan. Selamat maju jaya dan selamat menjalankan tugas!

Di Sarawak, nama Cikgu Nazmi memang tidak asing lagi kerana dedikasinya mengajar anak murid dengan cara yang kreatif dan inovatif:

https://www.iloveborneo.my/guru-lawas-ubah-bilik-darjah-anugerah-2023/

https://www.iloveborneo.my/sampai-buat-menteri-pendidikan-sebak-guru-dari-lawas-dinobat-anugerah-guru-inspirasi-mcdonalds-2023/