Sarawak Raih Perhatian Ramai Dengan Persembahan Memukau Di Berlin

7 Mar 2024 • 1:32 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sarawak raih perhatian ramai dengan persembahan memukau di Internationale Tourismus-Borse Berlin 2024

Sarawak Raih Perhatian Ramai Dengan Persembahan Memukau Di Berlin. Sarawak mendapat perhatian ramai di pentas Internationale Tourismus-Börse (ITB) Berlin 2024, Jerman sempena pelancaran transformatif kempen ‘Gateway to Borneo‘ baru-baru ini bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai sebuah destinasi pelancongan unggul.

Selaras dengan tema ITB 2024 ‘Take Travel Technology to the Next Level. Together’, Sarawak memasuki era baharu dengan memberi penekanan kepada digitalisasi pelancongan dalam mempromosi kepelbagaian budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan dan festival di Sarawak.

Meningkatkan daya tarikan Sarawak

Kempen ini mengambil pendekatan ‘brand refresh’ secara strategik dengan memperkenalkan Sarawak sebagai pintu gerbang utama ke Pulau Borneo, merangkumi Kalimantan, Sabah dan Brunei. Ia bertujuan meningkatkan daya tarikan Sarawak serta menarik minat pelancong antarabangsa.

image is not available
Sarawak Raih Perhatian Ramai Dengan Persembahan Memukau Di Berlin. Sumber: dagangnews

Logo baharu ‘Sarawak More to Discover’ menampilkan visual hutan hujan tropika, daya tarikan pesisir dan kepelbagaian etnik serta ikon burung Rhinoceros hornbill yang menjadi lambang Sarawak.

Langkah strategik ini jelas mempamerkan komitmen Sarawak kepada pendigitalan, malah menekan dan mengukuhkan kedudukan Sarawak

Menteri Pelancongan menyatakan bahawa pendekatan kempen ini bukan sekadar perbezaan geografi tetapi juga menampilkan estetik kontemporari dan kelestarian yang sesuai selera pelancong antarabangsa, di samping mengukuhkan kedudukan Sarawak sebagai pintu masuk ke Borneo.

Pada ITB Berlin itu, STB menandatangani MoU dengan syarikat pelancongan Jerman, Tischler Reisen bagi meningkatkan kedudukan Sarawak dalam kalangan pelancong Eropah, berikutan peningkatan 121% ketibaan pelancong Eropah pada 2023 berbanding 2022, mencerminkan daya tarikan produk pelancongan Sarawak semakin meningkat.

Baca juga artikel yang berkaitan: