Netizen Kagum Lihat Kepetahan Pakcik Dari Canada Bertutur Bahasa Melayu Sarawak

1 Mar 2024 • 12:47 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Video pakcik dari Canada curi perhatian ramai dengan loghat Sarawak

Netizen Kagum Lihat Kepetahan Pakcik Dari Canada Bertutur Bahasa Melayu Sarawak. Baru-baru ini, satu rakaman video di media sosial TikTok menjadi tular. Video itu menunjukkan seorang pakcik yang dipercayai berasal dari Canada mampu bertutur dalam bahasa Sarawak dengan fasih.

Selain mampu bertutur dalam bahasa Sarawak, cara duduk pakcik tersebut juga tidak kelihatan seperti orang Canada.

image is not available
Netizen Kagum Lihat Kepetahan Pakcik Dari Canada Bertutur Bahasa Melayu Sarawak. Sumber: TikTok

“Pov: bila datuk kau orang Canada pandai cakap bahasa Sarawak,” tulis individu akaun tersebut di laman TikTok miliknya.

Rata-rata netizen memuji bahasa Sarawak pakcik tersebut

Video itu telah mendapat perhatian ramai terutamanya rakyat Sarawak. Video tersebut juga telah ditonton sebanyak 33 ribu kali setakat ini.

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen pula, kebanyakan netizen memuji sebutan dan percakapan pakcik dalam video itu sememangnya kedengaran seperti loghat Sarawak yang asli.

Baca juga artikel yang berkaitan:

https://www.iloveborneo.my/calum-scott-nyanyi-lagu-berlatarkan-alat-muzik-sape-buat-netizen-malaysia-kagum

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved