Sarawak Rekod Pendapatan Cecah RM13.1 Bilion Pada 2023 – Abang Jo

25 Dec 2023 • 7:32 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Sarawak Rekod Pendapatan Cecah RM13.1 Bilion Pada 2023 – Abang Jo

KUCHING, 25 Dis (Bernama) — Sarawak telah merekodkan pendapatan mencecah RM13.1 bilion pada 2023, angka tertinggi yang pernah dicapai oleh negeri itu, kata Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara tersebut oleh Setiausaha Kewangan Negeri pada minggu lepas.

“Pendapatan kita mencecah angka RM13.1 bilion kerana kita mendapat dividen pada bulan Disember dan ini adalah satu rekod dari segi pendapatan kita.

“Memandangkan kerajaan negeri meneruskan langkah untuk menjana lebih banyak hasil dan pengenalan pelbagai undang-undang bagi tujuan itu baru-baru ini, terdapat kemungkinan pendapatan kita akan terus menyaksikan peningkatan.

“Diharapkan pada 2024 dan 2025 kita akan menyaksikan peningkatan (dalam pendapatan),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Anglikan anjuran St Thomas’s Cathedral di sini hari ini.

Pada 2 Feb lepas, Abang Johari berkata Sarawak telah merekodkan pendapatan sebanyak RM11.9 bilion bagi tahun 2022.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved