Sarawak sasar projek simpanan karbon pertama 2028, medan minyak Kasawari dipilih jadi tapak perintis

LocalEnvironment
26 Aug 2026 • 5:01 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Sarawak sasar projek simpanan karbon pertama 2028, medan minyak Kasawari dipilih jadi tapak perintis Image from: Sarawak sasar projek simpanan karbon pertama 2028, medan minyak Kasawari dipilih jadi tapak perintis amree26/08/2026 - 17:01 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 26 OgosSarawak bakal melaksanakan projek penyimpanan karbon pertamanya menjelang 2028 menerusi pembangunan medan minyak Kasawari di luar pesisir negeri itu, sekali gus membuka peluang hasil baharu daripada syarikat dan industri.

 

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar negeri, Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata, projek tersebut merupakan sebahagian daripada usaha pembangunan industri penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) di Sarawak.

 

Menurut beliau, kerajaan negeri sudah melengkapkan perundangan dan ordinan yang diperlukan bagi membolehkan industri CCUS dilaksanakan, termasuk pindaan kepada Kanun Tanah bagi memastikan hak penyimpanan karbon menjadi milik Sarawak.

 

 

 

 

 

 

 

 

"Beliau berkata, karbon diterima termasuk dari negara luar akan disimpan dalam telaga minyak yang dikosongkan di luar pesisir Sarawak, membolehkan kerajaan negeri mengenakan caj kepada syarikat yang menggunakan kemudahan tersebut," katanya.

 

Secara tidak langsung, syarikat atau industri dari negara seperti Jepun, Korea Selatan dan negara lain perlu membayar caj tertentu seperti penyewaan kepada kerajaan Sarawak untuk menggunakan ruang penyimpanan karbon di bawah tanah.

 

minyak_DagangNews2026
GAMBAR HIASAN

 

Pembayaran itu ujar beliau, akan dibuat kepada kerajaan negeri menerusi Petroleum Sarawak Berhad (Petros), yang bertindak sebagai pengurus sumber bagi semua aset minyak dan gas (O&G) di Sarawak.

 

Hazland berkata, projek CCUS pertama di Sarawak dijangka melibatkan kerjasama antara PETRONAS dan Mitsubishi, dengan medan Kasawari menjadi asas kepada pelaksanaan inisiatif penyimpanan karbon berkenaan.

 

"Usaha tersebut turut mencerminkan kedudukan Sarawak sebagai antara pemain utama industri petroleum dan tenaga negara, selain membuka laluan kepada pembangunan sektor baharu berasaskan tenaga rendah karbon," jelasnya.

 

Menurut beliau, Malaysia pada ketika ini mempunyai tiga wilayah utama pengeluaran petroleum iaitu Sarawak, Sabah dan Terengganu, yang digambarkan sebagai 'segitiga petroleum' negara.

 

 

 

 

Justeru ujarnya, kerjasama lebih erat antara akademia, kerajaan, industri dan komuniti diperlukan bagi menyokong pembangunan industri tenaga, dengan pendekatan kini perlu melibatkan konsep 'quintuple helix' yang memasukkan peranan masyarakat.

 

Sarawak tambah Hazland, pada masa sama berusaha mengukuhkan kedudukannya sebagai negeri berasaskan petroleum dan tenaga, sambil menyokong aspirasi negara dan negeri ke arah mencapai sasaran sifar bersih menjelang 2050. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved