Sarawak Sedia Jadi Hos Bersama Kerajaan Persekutuan Untuk Penganjuran Sukan SEA 2027

23 Jun 2024 • 4:29 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sarawak sedia jadi hos bersama buat sukan SEA 2027

Sarawak Sedia Jadi Hos Bersama Kerajaan Persekutuan Untuk Penganjuran Sukan SEA 2027. Dilaporkan, Sarawak sedia menjadi hos bersama untuk penganjuran Sukan SEA 2027 dan mencadangkan agar acara perasmian temasya sukan itu, diadakan di Bumi Kenyalang.

Menurut Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Sarawak turut bersedia untuk berkongsi kos penganjuran Sukan SEA 2027 bersama Kerajaan Persekutuan.’

image is not available
Sarawak Sedia Jadi Hos Bersama Kerajaan Persekutuan Untuk Penganjuran Sukan SEA 2027. Sumber foto: Harian Metro

Kerajaan Persekutuan ada ‘merisik’ Sarawak untuk menjadi hos bersama

Beliau berkata, Kerajaan Persekutuan ada ‘merisik’ Sarawak untuk menjadi hos bersama (Sukan SEA 2027), dan telah dimaklumkan kos serta bajet penganjuran ini adalah besar dan apa yang dicadangkan agar Sarawak boleh membantu.

Kita (Sarawak) kata boleh (bersedia), tetapi upacara perasmian kita cadangkan untuk diadakan di Sarawak dan penutupan di Semenanjung,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita setelah menghadiri majlis perasmian Larian Baton Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 Bahagian Kuching pada hari ini.

Sebelum ini dilaporkan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang meneliti impak penganjuran Sukan SEA 2027 dan akan membentangkan keputusannya kepada Kabinet bulan depan, selepas Ahli Majlis Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) pada Mei 2022 sebulat suara bersetuju memberikan hak penganjuran kepada Malaysia.

image is not available
Sumber foto: mStar

Untuk pengetahuan, Malaysia pernah menjadi tuan rumah temasya dwitahunan itu sebanyak enam kali iaitu pada 1965, 1971, 1977, 1989, 2001 dan 2017, dan kesemuanya berlangsung di Lembah Klang.

Dalam masa yang sama, Abang Johari berkata anggaran kos penganjuran Sukan SEA 2027 adalah kira-kira RM750 juta dan Sarawak bersedia membiayai separuh daripada jumlah tersebut.

Kenapa kita sanggup? (untuk menjadi hos bersama) Kerana ini salah satu agenda untuk pembangunan bakat. Pembangunan bakat kita bukan hanya di bidang ekonomi semata-mata, tetapi juga di bidang sukan.

“Kita mahu orang muda kita cergas, sebab itu saya berani jadi hos bersama,” jelas beliau.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved