
Netizen keliru dengan gambar profil gelap Sarawak United FC, apa nasib kelab ini?
Sarawak United FC Kemas Kini Logo Undang Persoalan Netizen, Dakwa Bakal Terkubur. Sarawak United FC (SUFC) baru-baru ini menarik perhatian netizen dengan kemas kini terbaru mereka di media sosial buat pertama kali dalam tahun ini.
SUFC mengemas kini gambar profil di Facebook dengan gambar serba gelap berwarna hitam kelabu. Kali terakhir SUFC membuat kemas kini di media sosial mereka adalah pada bulan September 2023.

Sarawak United FC Kemas Kini Logo Undang Persoalan Netizen, Dakwa Bakal Terkubur
Langkah ini telah mendatangkan pelbagai reaksi daripada netizen yang kebanyakannya keliru dan kecewa. Ramai yang tertanya-tanya tentang status kelab bola sepak ini. Rata-rata komen yang membanjiri Facebook SUFC menyuarakan rasa kesal terhadap pengurusan kelab yang dilihat tidak berfungsi dengan baik.
Beberapa netizen mendakwa bahawa pejabat SUFC sudah kosong dan kelab ini seakan-akan sudah terkubur dari dunia bola sepak. Mereka meluahkan kebimbangan bahawa SUFC mungkin tidak akan kembali beraksi di pentas bola sepak seperti dulu.
Dalam pada itu, SUFC masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung status semasa kelab atau tujuan sebenar gambar profil gelap yang dimuat naik. Peminat dan penyokong SUFC kini hanya mampu menunggu dan berharap agar kelab kesayangan mereka dapat kembali aktif dan berjaya seperti sebelumnya.

