SarawakPass Akan Diintegrasikan Dengan MyDigital ID Mulai Tahun 2026

LocalTechnology
1 Dec 2025 • 2:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerajaan Sarawak menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama kerajaan Persekutuan melalui Agensi Keselamatan Siber Negara (Nacsa) bagi mengintegrasikan aplikasi identiti digital negeri, SarawakPass dengan sistem nasional MyDigital ID.

image is not available
Sumber gambar – Sarawakku

Majlis ini berlangsung di Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak, dengan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki menandatangani bagi pihak kerajaan negeri, manakala Ketua Pegawai Eksekutif Nacsa, Megat Zulhairy Megat Tajuddin menandatangani bagi pihak agensi tersebut. Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg turut hadir menyaksikan majlis tersebut.

image is not available
Sumber gambar – Sarawakku

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi juga menekankan bahawa MoU ini menjadi pencapaian penting kerana ia memperlihatkan komitmen membangunkan ekosistem identiti digital negara yang lebih selamat serta menyeluruh.

image is not available
Sumber gambar – Sarawakku

Melalui integrasi ini, pengguna SarawakPass dapat mengakses pelbagai perkhidmatan yang memerlukan pengesahan MyDigital ID manakala pengguna MyDigital ID pula boleh menggunakan perkhidmatan SarawakPass. Sistem gabungan SarawakPass-MyDigital ID ini dijadualkan dilancarkan pada suku pertama tahun 2026.

image is not available

SarawakPass diperkenalkan pada tahun ini sebagai versi dipertingkat daripada SarawakID. Kini, lebih 1.8 juta pengguna menggunakan SarawakPass sebagai ruang untuk mengakses perkhidmatan kerajaan negeri dengan lebih pantas serta mesra pengguna.

Sementara itu, MyDigital ID yang dilaksanakan di seluruh negara pada 2023 telah digunakan hampir 6 juta pengguna dalam sektor awam dan swasta sebagai platform identiti digital rasmi Malaysia.

View Original Article