“Saree pun kena rembat” – Penunjuk Perasaan ‘Serbu’ Rumah Sheikh Hasina, Ambil Barangan Peribadi

Entertainment
6 Aug 2024 • 11:14 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui, negara Bangladesh kini sedang dalam kekecohan disebabkan peluang pekerjaan yang ‘diasingkan’ mengikut kuota, perkara ini membuatkan ramai anak muda negara itu tidak puas hati lalu melakukan tunjuk perasan.

Demonstrasi itu menyebabkan tentera Bangladesh bertindak membunuh penunjuk perasaan dan setakat ini angka kematian mencecah 300.

Terbaru, Perdana Menteri, Sheikh Hasina dikhabarkan telah meletak jawatan dan melarikan diri ke ‘tempat selamat’.

Selepas beliau keluar dari negara itu, penunjuk perasaan dilihat merompak pelbagai barangan dari kediaman rasmi Ganabhaban yang terletak di Dhaka, Bangladesh itu.

Laporan dan gambar yang tular di media sosial memaparkan orang ramai mengambil perabot, ternakan dan barangan makanan, termasuk arnab, ayam dan ikan.

Malah, ada juga penunjuk perasaan ini yang dilihat makan makanan seperti nasi biryani dan lauk-lauk yang berada di dapur kediaman itu.

Dalam pada itu, orang ramai juga dilihat merosakkan harta benda di situ serta mengalihkan tugu Sheikh Mujibur Rahman, pengasas Bangladesh, dan membakar pejabat parti Liga Awami.

Sumber: Firstpost

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.