Sarjan polis, jurutera Kelantan mangsa maut nahas SDE

16 Nov 2026 • 12:15 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sarjan polis, jurutera Kelantan mangsa maut nahas SDE

KOTA TINGGI – Polis mengesahkan salah seorang mangsa maut di Kilometer 52.8 Lebuh Raya Senai-Desaru (SDE) awal pagi tadi adalah seorang anggota polis berpangkat sarjan.

Mangsa maut dikenali sebagai Sarjan Jorari Jusoh, 58 bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat.

Manakala seorang lagi mangsa maut ialah jurutera, Nurul Syifa’ Mohd. Kasimi, 26, yang bertugas di Pengerang dan berasal dari Kampung Teras Binjai Kota Bharu, Kelantan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, lebih kurang 1.55 pagi pihak polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung satu kemalangan maut yang melibatkan tiga buah kenderaan.

“Kemalangan melibatkan sebuah Proton Persona yang dipandu oleh seorang wanita berusia 26 tahun, sebuah MPV jenis Toyota Unser yang dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 23 tahun serta sebuah SUV jenis Proton X70 yang dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan berusia 58 tahun.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Persona yang dipandu oleh wanita berkenaan telah hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Proton X70 serta Toyota Unser yang datang dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

The post Sarjan polis, jurutera Kelantan mangsa maut nahas SDE appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved