Sasar lebih 10,000 institusi pendidikan sertai Kempen Internet selamat tahun ini

LocalTechnology
16 Jul 2025 • 10:07 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Gerry Lewis

KENINGAU: Kementerian Komunikasi menyasarkan penglibatan lebih 10,000 institusi pendidikan di seluruh negara dalam pelaksanaan Kempen Internet Selamat menjelang hujung tahun ini.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata sasaran tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk memperkasa literasi digital serta membina persekitaran siber yang selamat, beretika dan bertanggungjawab.

“Kempen ini dilancarkan secara rasmi pada Januari lalu dan memberi fokus kepada empat isu utama iaitu buli siber, penipuan dan judi dalam talian, eksploitasi seksual kanak-kanak serta perlindungan data dan literasi digital.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Inisiatif ini juga menerapkan pendekatan berasaskan umur termasuk penekanan terhadap larangan pendaftaran akaun media sosial bagi kanak-kanak bawah umur 13 tahun serta galakan kepada ibu bapa supaya memantau penggunaan internet dalam kalangan anak-anak,” katanya selepas pelancaran Kempen Internet Selamat di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Putih pada Isnin.

Seramai 31,246 peserta telah menyertai program ini secara langsung setakat 1 Julai lalu dengan melibatkan 221 buah sekolah di seluruh negara termasuklah 64 sekolah di Sabah.

Bertemakan “Kepercayaan Digital” kempen terbabit dilaksanakan dengan kerjasama erat antara Kementerian Komunikasi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), institusi pendidikan serta agensi berkaitan seiring dengan nilai-nilai Mdami dalam membentuk masyarakat celik digital serta berdaya tahan terhadap ancaman siber.

Terdahulu Teo turut menghadiri Program Sentuhan Komuniti Mukim Luagan dan menyampaikan 20 bakul barangan keperluan asas sumbangan syarikat telekomunikasi Yes kepada penduduk setempat.