Sasaran tujuh pingat bukan dibuat suka-suka: Ahmad Faizal

16 Jun 2022 • 6:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SASARAN tujuh pingat emas ditetapkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, England, bulan depan bukan dibuat atas dasar ‘suka-suka’.

Sebaliknya, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, keputusan itu dilakukan hasil penelitian oleh MOM, Majlis Sukan Negara (MSN) dan persatuan-persatuan sukan.

"Sasaran dibuat dengan penuh penelitian dan melihat prestasi atlet dari negara yang mengambil bahagian,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Hadiah Cabaran Tan Sri Muhyiddin (TSM) ke-12 di West Course, Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) di sini pada Khamis.

Ditanya mengenai sukan terjun yang tercicir daripada sasaran itu, Ahmad Faizal berkata, MOM lebih mengetahui prestasi atlet, sama ada atlet negara atau lawan, yang membuatkan pihak terlibat tidak meletakkan sebarang sasaran.

Pada masa sama beliau mengingatkan atlet yang bakal membawa cabaran negara pada temasya itu untuk mengejar catatan peribadi terbaik mereka.

MOM menyasarkan tujuh emas menerusi badminton (dua emas) manakala gimrama, boling padang, angkat berat dan skuasy serta powerlifting masing-masing satu emas pada temasya tersebut pada 28 Julai hingga 8 Ogos ini.

Pada edisi 2018 di Gold Coast, Malaysia menamatkan saingan di kedudukan ke-12 selepas meraih tujuh emas, lima perak dan 12 gangsa, manakala pencapaian emas terbanyak adalah pada edisi New Delhi 2010, apabila pasukan negara membawa pulang 12 emas, 10 perak dan 14 gangsa. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved