Sasha Abdul Aziz Kini Hamil Anak Ketiga, Alami Alahan Teruk - “Tak Boleh Makan Minum, Bau Ayam, Daging & Ikan”

14 Feb 2025 • 3:39 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz yang kini hamil anak ketiga berkongsi pengalaman berdepan dengan alahan.


Tak boleh bau ayam, daging, ikan

Menurut Sasha, alahan yang dialaminya sangat teruk dan tidak boleh menghidu bau makanan seperti ayam, daging dan ikan.


 

“Ramai tanya ada alahan tak semasa my early trimester. Ya ampun teruk sangat-sangat. Saya tak boleh makan, minum, tak boleh bau ayam, daging, ikan.

 


“Tak boleh bangun pergi kerja, memang sepanjang itu dekat atas katil. Alhamdulillah masuk sahaja trimester kedua terus makin okay. Kali ini lain sikit dari kehamilan pertama dan kedua,” kongsinya menerusi hantaran terbaharu di Instagram.

 

 

        View this post on Instagram                      

A post shared by Sasha Aziz (@sashaabdulaziz)


Mohon doakan kandungan sentiasa sihat


Dalam pada itu, Sasha berkata dia sebenarnya sudah lama mahu memberitahu tentang kehamilan ketiga ini cuma mereka suami isteri menunggu masa yang sesuai.


 

“Lama dah nak bagitahu tapi kami tunggu masa yang sesuai untuk mendedahakan tentang kehamilan saya. Sempena Nifsu Syaaban mummy Sha nak minta korang doakan kandungan saya kuat dan baby sihat walafiat insya-Allah.
 
“Saya doakan buat yang tengah TTC (trying to conceive) teruskan perjuangan jangan putus asa tau. Allah Maha Mendengar, Allah Maha Berkuasa, Allah sangat sangat baik.

 


“Doakan kami sekeluarga ya. Doakan untuk mummy Sha terus kuat berjuang, dalam perniagaan dan membesarkan anak-anak. Saya juga mendoakan anda semua,” coretnya.


 


Untuk info, Sasha mendirikan rumah tangga pada tahun 2019 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata, Isabella Liu dan Rose Liu.