Satelit AS Mungkin Jatuh Di Sekitar Semenanjung Korea

Space
9 Jan 2023 • 2:23 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Satelit AS Mungkin Jatuh Di Sekitar Semenanjung Korea

SEOUL, 9 Jan (Bernama) — Kementerian Sains Korea pada Isnin memberi amaran bahawa satelit Amerika Syarikat yang ditamatkan operasinya berkemungkinan jatuh di Semenanjung Korea dan kawasan persekitarannya lewat hari ini.

Dilancarkan pada 1984, Earth Radiation Budget Satellite (ERBS) jatuh ke Bumi selepas menyelesaikan misinya selama beberapa dekad untuk mengkaji bagaimana Bumi menyerap dan memancarkan tenaga daripada matahari, lapor Yonhap.

Kementerian Sains dan ICT berkata ERBS dijangka terhempas ke Bumi antara 12.20 hingga 1.20 tengah hari, dan Semenanjung Korea termasuk dalam kawasan satelit itu akan jatuh.

Kementerian itu berkata sebahagian besar daripadai satelit itu akan terbakar apabila memasuki semula atmosfera, namun meminta rakyat Korea supaya berhati-hati berkemungkinan beberapa komponen tidak musnah dan akan terjatuh di permukaan.

Sumber: BERNAMA