Satu Keluarga Didakwa Terlibat Ketagihan Gam? Netizen Zahir Simpati: "Hisap Gam Sebab Nak Tahan Lapar"

7 Jun 2024 • 8:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Masalah menghidu gam mungkin menjadi salah satu faktor pencetus kepada penagihan dadah seperti ganja dan heroin.

Apa yang lebih membimbangkan adalah apabila gam yang dihidu boleh didapati secara mudah kerana ia terjual di kedai-kedai serbaneka.

Satu Keluarga Terlibat Gejala Hisap Gam

Hal yang lebih kurang sama dikongsikan oleh seorang pengguna aplikasi X mengenai satu keluarga yang didakwa terlibat dalam ketagihan menghidu gam.

"Satu keluarga terbang ke bulan. Sisi gelap Sabah," tulis pengguna itu.
 







 


"Sedihnya."

"Bila sekeluarga begini, sah-sah sebab tak mampu nak beli alas perut...

Selain itu, ada juga yang menyatakan sebab di sebalik ketagihan berikut adalah kerana masalah kewangan yang dihadapi keluarga tersebut.

"Alasan mereka ni hisap gam sebab nak cari makan susah, beli makan mahal, beli gam harga 50 sen. Bila hisap tak fikir lapar sebab dah high,"

"Bila sekeluarga begini, sah-sah sebab tak mampu nak beli alas perut,"

"Kemiskinan dan tak dipelihara dengan baik penyebab utama anak-anak ni  semua jadi macam ni. Ya Allah sedihnya."

Setakat artikel ini ditulis, entri itu meraih hampir satu juta tontonan dan lebih 3,000 tanda suka di Platform X.