'Satu lagi kebahagiaan keluarga…' Izara Aishah, Adib Khalid perkenal puteri ketiga, Tahara Alima

LocalFamily & Parenting
14 Apr 2026 • 10:25 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Satu lagi kebahagiaan keluarga…' Izara Aishah, Adib Khalid perkenal puteri ketiga, Tahara Alima

DIAM-diam sudah selamat bersalin! Pelakon jelita Izara Aishah kini bergelar ibu kepada tiga cahaya mata selepas melahirkan bayi perempuan pada 9 April lalu. 

Lebih mencuri tumpuan, suaminya, Muhammad Adib Khalid akhirnya mendedahkan nama si kecil yang cukup indah iaitu Tahara Alima pada hari kelima kelahiran.

Adib menerusi laman sosial Instagram berkongsi kehadiran puterinya sebagai satu lagi kebahagiaan dalam keluarga. 

"Menyambut kelahiran anak perempuan kami, Tahara Alima binti Muhammad Adib. Alhamdulillah, syukur atas anugerah yang tidak ternilai dan satu lagi kebahagiaan dalam keluarga kami. 

Image from: 'Satu lagi kebahagiaan keluarga…' Izara Aishah, Adib Khalid perkenal puteri ketiga, Tahara Alima

"Izara dan saya ingin mengucapkan terima kasih atas segala ucapan dan doa yang diberikan. 

"Semoga ALLAH melindungi, mengurniakan kesihatan yang baik dan menjadikannya dalam kalangan orang-orang yang solehah. Amin," kongsinya.

Turut dimuat naik video memaparkan anak sulung mereka,  Irisa Alaia  memangku adik kecilnya.

"Hi guys, this is my baby sister is here. She is so pretty," katanya.

Perkongsian itu terus dihujani ucapan tahniah dan doa daripada warga maya.

Sekadar info, Izara berkahwin dengan anak tiri Siti Nurhaliza, Muhammad Adib Khalid pada 17 November 2017.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Irisa Alaia, 6 dan Amara Amina, 3.