“Satu Lagi Miracle Allah Tunjuk..” – Abdur Rahman Lega Adik Makin Pulih, Dah Boleh Makan & Minum

5 Oct 2023 • 2:41 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, pada 1 September lalu, satu berita mengenai kemalangan maut satu keluarga yang berlaku di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuatan telah pun menyayat hati masyarakat.

Dalam kemalangan itu hanya seorang sahaja yang selamat iaitu Abdullah, 15, manakala anak sulung lelaki, Abdur Rahman pula tidak menaiki kenderaan itu bersama-sama.

Difahamkan, Abdullah yang sebelum ini berada di Unit Rawatan Rapi akibat cedera parah dari kemalangan itu, kini telah pun beransur pulih dan itu dimaklumkan sendiri oleh Abdur Rahman.

Alhamdulillah, satu lagi miracle Allah tunjuk. Baby doll (Abdullah) dah mula makan bubur dan semalam dia dah mula isi perut yang kurus ‘keding’.

Bahkan, Rahman buat pertama kalinya berkongsikan foto adiknya berbaju kuning dalam keadaan terbaring di atas katil dan minum susu.

Sebelum ini, Abdur Rahman memaklumkan adik lelakinya itu menjalani pembedahan memasukkan besi di tangan kiri dan tidak dapat bercakap dengan jelas akibat rahang patah.

image is not available 3 weeks ago

"Lepas Ni Mohon Jaga Privasi Saya" - Adik Abdur Rahman Mohon Warganet Henti 'Update' Pasal Kemalangan