“Lepas Ni Mohon Jaga Privasi Saya” – Adik Abdur Rahman Mohon Warganet Henti ‘Update’ Pasal Kemalangan

16 Sep 2023 • 5:43 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Abdur Rahman yang kehilangan enam ahli keluarganya baru-baru ini akibat kemalangan memohon orang ramai untuk tidak membuat hantaran membabitkan insiden tersebut.

Menerusi TikTok, remaja berusia 19 tahun itu meminta orang ramai untuk memahami situasi dan menghormati serta menjaga privasinya.

Tolong jangan update apa-apa pasal kemalangan menimpa keluarga saya lagi ye.

Menerusi ruangan komen, ramai warganet mendoakan agar Rahman agar remaja tersebut kuat menjalani kehidupan mendatang.

Rata-ratanya meminta orang ramai untuk menjaga sensitiviti serta menghormati tempoh berduka buat Rahman buat ketika ini.

image is not available image is not available