Satu Lagi Misteri Kematian Pelajar UPNM, Kes Amirul Nashriq Dibuka Semula

30 Jul 2024 • 12:43 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Peguam sedia siasat semula kes kematian pelajar UPNM, adakah wujud unsur penganiayaan?

Satu Lagi Misteri Kematian Pelajar UPNM, Kes Amirul Nashriq Dibuka Semula. Seorang lagi pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dilaporkan meninggal dunia selepas kes Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain pada 2017. Pelajar bernama Amirul Nashriq Othman didakwa ‘lemas’ di Air Terjun Chamang, Bentong, Pahang semasa bermandi-manda bersama tujuh rakannya.

Menurut laporan, dua hari sebelum kejadian, arwah dikatakan telah menghantar gambar kepada keluarganya menunjukkan kesan lebam di dadanya akibat dikasari senior-senior.

image is not available
Satu Lagi Misteri Kematian Pelajar UPNM, Kes Amirul Nashriq Dibuka Semula

Kakak arwah telah menyuarakan beberapa kemusykilan mengenai kematian adiknya, antaranya:

  1. UPNM mendesak bapa arwah memberi kebenaran untuk menjalankan bedah siasat.
  2. Kesan jahitan pada mayat arwah didapati sudah kering, menimbulkan syak bahawa bedah siasat telah dijalankan beberapa jam sebelum keluarga memberi kebenaran.
  3. Kad pengenalan dan barangan peribadi arwah tidak diserahkan kepada keluarga.
  4. Tujuh rakan yang bersama arwah semasa kejadian tidak menghadiri pengebumian atas arahan pegawai UPNM supaya pulang ke institusi.

image is not available

Kes ini masih belum selesai, namun menurut satu hantaran di TikTok, peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar akan membuka semula kes tersebut dan akan berjumpa dengan keluarga arwah dalam masa terdekat.

Peguam tersebut menyatakan bahawa tindakan ini adalah demi menegakkan keadilan untuk Amirul Nashriq Othman sekiranya benar wujud unsur penganiayaan yang menyebabkan kematiannya.

Baca juga artikel yang berkaitan: