Satu Malaysia boleh tengok! PM Anwar umum RTM siar F1 Gulf Air Bahrain secara langsung

2 Oct 2026 • 12:25 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan secara langsung perlumbaan F1 Gulf Air Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang bagi membolehkan rakyat di seluruh negara mengikuti aksi perlumbaan berprestij dunia itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, siaran langsung berkenaan memberi peluang kepada peminat sukan permotoran untuk merasai sendiri debaran perlumbaan tersebut meskipun tidak dapat hadir ke litar.

“Berita gembira buat seluruh rakyat Malaysia! RTM akan menyiarkan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026 secara langsung agar kemeriahan perlumbaan ini dapat dinikmati bersama.
“Saya berharap siaran langsung ini memberi peluang kepada rakyat di seluruh pelosok tanah air untuk merasai debaran perlumbaan bertaraf dunia dari Litar Antarabangsa Sepang,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Image from: Satu Malaysia boleh tengok!  PM Anwar umum RTM siar F1 Gulf Air Bahrain secara langsung

Pengumuman itu membolehkan peminat sukan permotoran dari seluruh negara mengikuti perlumbaan tersebut menerusi siaran televisyen nasional.

Terdahulu, Anwar turut mengadakan tinjauan di Litar Antarabangsa Sepang bagi melihat persiapan penganjuran perlumbaan berkenaan.

Image from: Satu Malaysia boleh tengok!  PM Anwar umum RTM siar F1 Gulf Air Bahrain secara langsung

Dalam lawatan tersebut, beliau meluangkan masa menyantuni peminat yang menyertai sesi pit lane walk selain bertemu sukarelawan dan petugas yang terlibat dalam memastikan persiapan acara berjalan lancar.

Image from: Satu Malaysia boleh tengok!  PM Anwar umum RTM siar F1 Gulf Air Bahrain secara langsung

Anwar turut menghargai kerjasama antara Sepang International Circuit (SIC) dan Bahrain International Circuit (BIC) dalam menjayakan penganjuran berkenaan.

Beliau berharap perlumbaan tersebut dapat berlangsung dengan lancar serta memberi pengalaman bermakna kepada peminat dan pengunjung, selain mengangkat nama Malaysia dalam arena sukan permotoran dunia.

Sumber: FB Anwar Ibrahim

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved