“Satu Peringatan Tu” – Festival Makanan Sebelah Kubur Undang Perhatian [Video]

30 May 2024 • 11:10 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Siapa sahaja di dunia ini yang tidak suka pada makanan? Jika ditanya pada seseorang tentang makanan, pasti sudah terbayang hidangan atau menu kegemaran yang menjadi pilihan.

Sebagai orang yang suka makan dan mencuba menu yang baru, pesta atau festival makanan sering menjadi sasaran golongan ini.

Lazimnya, kebanyakan festival makanan di Malaysia akan diadakan di kawasan lapang bagi memudahkan pengunjung yang menghadiri festival itu.

Namun, berbeza pula dengan penganjuran sebuah festival makanan ini yang diadakan bersebelahan tanah perkuburan.

Festival Makanan Sebelah Kubur Undang Perhatian

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @someylote, wanita berkenaan telah datang ke sebuah festival makanan yang dipercayai diadakan di Masjid Kota Raja Klang, Selangor.

Apa yang menjadi perhatian adalah tapak festival itu yang terletak betul-betul bersebelahan tanah perkuburan.

“Benda dah sampai, kita enjoy je la,” tulis wanita berkenaan menerusi ruangan kapsyen.

@someylote

benda pun dah sampai hmm enjoy jela 🤣🤣#foodfestival #klang

♬ Funny – Gold-Tiger

Difahamkan, festival makanan yang dikenali sebagai ‘Jom Makan Food Festival’ diadakan bermula 24 Mei hingga 2 Jun 2024 pada jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna akaun TikTok yang lain @jommakanofficial, tapak festival berkenaan sebenarnya terletak di luar masjid yang juga bersebelahan tanah perkuburan tersebut.

@jommakanofficial

hanya manusia biasa yang ingin mengajak semua warga Klang dan berdekatan untuk meriahkan Masjid Kota Raja Klang😊 Inshaallah sepanjang 10 hari kami disini akan ada pelbagai aktiviti mesra keluarga serta ceramah👍 dan kami ingin menggalakkan semua orang berdekatan untuk penuhkan Masjid Kota Raja Klang😁 #food #foodfest #event #meriahkanmasjid #foodie #rabbani #fy #jommakan #jommakanfoodfest #foodfestontiktok #halalfoodfestival #fypシ

♬ Music Islami – R22 Music

Video Tarik Perhatian Netizen

Video yang telah mendapat tontonan lebih 170 ribu itu nyata menarik perhatian warganet. Rata-rata daripada mereka terkejut dan tidak menyangka ada festival makanan diadakan bersebelahan di tanah perkuburan hingga ada yang mempersoalkan kenapa tidak dibuat di lokasi yang lebih sesuai.

Malah, ada warganet yang berseloroh mendakwa festival makanan itu diadakan di kawasan sedemikian sebagai tanda peringatan buat pengunjung yang hadir.

Namun, ada juga warganet memasang niat mahu hadir ke festival tersebut tapi membatalkannya kerana sedih disebabkan terdapat ahli keluarga yang disemadikan di situ.

Berikut antara komen warganet:

“Dah Pergi Semalam, Depan Pintu Masuk Tulis Tanah Perkuburan, Anak Tanya Siapa Meninggal”

image is not available

“Kenapa La Tak Buat Dekat Padang Bola Atau Tapak Lapang”

image is not available

“Anak Ajak Pergi, Dia Kata Boleh Singgah Kubur Ayah, Jumpa Ayah Lepastu Pergi Makan”

image is not available

“Dia Gini, Food Festivalkan So Dia Buat Ingatan, Makan Tu Berpada-Pada”

image is not available

“Baru Betul Seimbang, Dalam Seronok Dengan Hal Dunia Kena Ingat Kematian”

image is not available

“Saya Datang Tadi Pun Saya Terkejut, Takut Malam-Malam Ada Yang Tengok Kita Bersuka Ria”

image is not available

“Salah Satu Masjid Yang Aktif Buat Aktiviti, Bagus Masjid Ini”

image is not available

Source: