“Satu Satunya Makanan I Boleh Masak” – Ameera Khan Kongsi Vlog Masakkan Megi Tomyam Untuk Jefri Nichol

EntertainmentFood
23 May 2025 • 11:28 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Hantaran pempengaruh Ameera Khan sering meraih perhatian terutamanya apabila dia berkongsi foto atau video bersama kekasihnya iaitu pelakon Indonesia, Jefri Nichol.

Dilihat makin sering berkongsi kemesraan dan perhubungan mereka di media sosial, Ameera dan Jefri bukan sahaja selalu ulang alik Malaysia-Indonesia tetapi aktor itu juga sudah biasa meluangkan masa bersama keluarga teman wanitanya.

Terbaru, Ameera berkongsi vlog pendek yang mana memaparkan dia memasak untuk kekasihnya itu dipercayai di rumah ibunya.

Sesetengah netizen berkata wanita memang akan ‘auto’ rajin memasak untuk orang yang mereka sayangi tidak kiralah apa sahaja menu.

Namun segelintir netizen di Facebook ‘membahan’ Ameera kerana hanya pandai memasak megi dan ada juga yang menegur adik Neelofa itu kerana masih tidak memboikot produk Maggi yang juga merupakan jenama pro-Israel.

image is not available 4 weeks ago

Foto Ameera Khan Letak Kaki Atas Riba Jefri Nichol Sewaktu Makan Bersama Keluarga Curi Perhatian - "Rasanya Mereka Dah Nikah Lah.."