“Satu-satunya suara di G*za” – 5 Wartawan Al Jazeera Terb*nuh Dalam Serangan Israel

WorldPolitics
11 Aug 2025 • 11:12 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Lima wartawan Al Jazeera daripada tujuh mangsa dilaporkan antara yang terbunuh dalam satu serangan udara rejim Israel yang menyasarkan sebuah khemah untuk wartawan di sekitar Hospital Al-Shifa di Gaza.

Mereka merupakan koresponden, Anas al-Sharif dan Mohammed Qreiqeh; jurugambar Ibrahim Zahar, Mohammed Naufal dan Moamen Aliwa yang didakwa berada di dalam khemah wartawan ketika serangan itu disasarkan, lapor BBC.

image is not available

Menerusi catatan terakhir Anas al-Sharif, 28 di platform X, wartawan ini telah memaparkan video yang menunjukkan serangan Israel ke atas kota Gaza. Video berkenaan katanya disiarkan beberapa saat sebelum beliau terbunuh dan catatan itu menggambarkan ‘pengeboman tanpa henti’ yang dilakukan jet pejuang Israel.

Satu-satu suara dari Gaza terbunuh

Dalam pada itu, Al Jazeera dalam satu kenyataan berkata, serangan tersebut merupakan ‘pembunuhan bersasar’ dan ‘satu lagi serangan secara terang-terangan dan terancang terhadap kebebasan akhbar’ yang meragut nyawa wartawannya.

Editor pengurusan Al Jazeera, Mohamed Moawad berkata kepada BBC, Anas al-Sharif merupakan ‘satu-satunya suara’ yang melaporkan apa yang berlaku di Gaza kepada dunia.

image is not available

Sepanjang berlakunya peperangan ini, Israel tidak membenarkan wartawan antarabangsa memasuki Gaza untuk melaporkan berita dengan bebas. Oleh itu, kebanyakan media hanya bergantung kepada wartawan tempatan seperti Anas untuk membuat laporan berkaitan Gaza.

Mereka telah disasarkan ketika di dalam khemah, mereka tidak membuat laporan di lapangan.

“Ia berikutan kerajaan Israel mahu ‘senyapkan’ laporan daripada mana-mana media berkenaan apa yang berlaku di dalam Gaza,” kata Moawad.

Terdahulu, rejim Israel telah membunuh lima wartawan Al Jazeera iaitu Samer Abudaqqa, Ismael Al-Ghoul, Ahmed Al-Louh, Hossam Shabat dan Hamza Dahdouh, anak kepada ketua biro Al Jazeera di Gaza, Wael Dahdouh, selain ramai ahli keluarga wartawan Al Jazeera.

Al Fatihah buat mereka yang terbunuh dalam peperangan ini. Pray for Gaza!

Sumber: BBC, Buletin TV3

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.