‘Satu tangan pegang senjata, satu lagi hulur damai’ – Netanyahu tegas Israel lebih kuat dari sebelumnya

WorldPolitics
21 Oct 2025 • 9:46 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available
Benjamin Netanyahu berucap di podium dalam sidang media, mengenakan sut gelap dan tali leher biru, simbolik kepada kenyataan tegas Israel mengenai kekuatan dan keamanan.

image is not available

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan tenteranya telah menjatuhkan sebanyak 153 tan bom ke atas sasaran di Gaza sebagai tindak balas terhadap apa yang didakwa sebagai pelanggaran gencatan senjata oleh kumpulan Hamas.

Berucap di Knesset (Parlimen Israel) pada Isnin, Netanyahu berkata, langkah itu menunjukkan kekuatan Israel dalam mempertahankan diri sambil tetap terbuka kepada rundingan damai.

“Satu tangan kami memegang senjata, satu lagi dihulur untuk keamanan. Anda hanya boleh berdamai dengan pihak yang kuat, bukan yang lemah. Hari ini, Israel lebih kuat berbanding sebelumnya,” katanya.

Baca juga:

Pertemuan dengan utusan AS

Netanyahu turut mengesahkan beliau mengadakan pertemuan dengan dua utusan tertinggi Amerika Syarikat, Steve Witkoff dan Jared Kushner, bagi membincangkan situasi semasa di rantau itu selepas keganasan hujung minggu lalu menggugat gencatan senjata yang diusahakan AS.

Jurucakap pejabat perdana menteri, Shosh Bedrosian, berkata kunjungan itu bagi memberi taklimat mengenai “perkembangan dan peluang diplomatik” terkini di Timur Tengah.

“Kita akan mengatasi cabaran dan pada masa sama merebut peluang yang ada,” ujar Netanyahu dalam sesi parlimen itu.

Sementara itu, Hamas menafikan sebarang penglibatan dalam serangan yang mengorbankan dua tentera Israel, yang menjadi punca tercetusnya siri pengeboman terbaru tersebut.