Satu telefon, banyak aplikasi parkir

LocalTechnology
12 Oct 2026 • 8:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Satu telefon, banyak aplikasi parkir

Saudara Pengarang,

Dalam era serba moden ini, urusan pembayaran parkir sepatutnya menjadi semakin mudah.

Namun, masih terdapat negeri yang menggunakan aplikasi pembayaran parkir masing-masing, sedangkan negeri-negeri lain sudah beralih kepada aplikasi sama dan boleh digunakan merentas kawasan.

Persoalannya, mengapa perkara semudah membayar parkir pun masih sukar diselaraskan, sedangkan teknologi sepatutnya memudahkan kehidupan rakyat.

Bayangkan seorang pengguna yang sudah ada aplikasi pembayaran parkir di telefon bimbitnya tetapi tidak boleh digunakan kerana pihak berkuasa tempatan di negeri itu menggunakan sistem berbeza.

Mahu tidak mahu, pengguna terpaksa memuat turun aplikasi baharu.

Semua ini perlu dilakukan hanya untuk membayar parkir yang berharga beberapa ringgit.

Bukankah perkara semudah ini boleh diselesaikan dengan sistem yang lebih seragam.

Rakyat tidak meminta sesuatu yang luar biasa, mereka hanya mahu urusan membayar parkir menjadi mudah elak disaman.

Kassim
Pelancong tempatan

 

The post Satu telefon, banyak aplikasi parkir appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved