Sawadee Screamfest 5 Kini Kembali! Bawa Pengalaman Seram Berinspirasikan Cerita Rakyat Thailand Ke Sunway Lost World Of Tambun

16 Oct 2026 • 8:53 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Sawadee Screamfest 5 Kini Kembali! Bawa Pengalaman Seram Berinspirasikan Cerita Rakyat Thailand Ke Sunway Lost World Of Tambun

Anda peminat kisah seram? Jika ya ini masanya untuk anda meneroka sisi berbeza dunia mistik Asia Tenggara menerusi Sawadee Screamfest 5 yang kembali ke Sunway Lost World Of Tambun, Ipoh, dengan lapan tarikan rumah berhantu berinspirasikan cerita rakyat dan legenda supernatural Thailand.

Memasuki edisi kelima, acara seram tempatan itu berlangsung pada malam terpilih dari 16 Oktober hingga 1 November 2026, sekali gus menawarkan pengalaman berbeza buat pengunjung yang ingin menambahkan aktiviti menarik sepanjang kunjungan ke Ipoh.

Berbeza dengan Nights Of Fright di Sunway Lagoon, Sawadee Screamfest 5 mengetengahkan elemen seram dengan sentuhan budaya Thailand menerusi kisah makhluk misteri, legenda ghaib dan pertemuan menyeramkan yang diolah dalam persekitaran taman tema.

Lapan tarikan seram dengan kisah tersendiri

Menggabungkan persekitaran bertema, jalan cerita, hiburan secara langsung dan kemunculan tidak dijangka, Sawadee Screamfest 5 membawa pengunjung menyelami kisah seram menerusi pengalaman yang lebih interaktif.

Antara tarikan yang menanti pengunjung ialah:

  1. Dead Man’s Rail
  2. The Curse of Kong Koi
  3. Tandas Phi Kee
  4. Haunted Chamber’s featuring Hong Rai
  5. Kra Hang’s Night Flight
  6. The Susuk Chambers
  7. The Eternal Theatre
  8. Luminous Forest

Setiap tarikan menampilkan latar, suasana dan jalan cerita tersendiri, termasuk pengalaman yang diinspirasikan oleh cerita rakyat Thailand serta ruang misteri yang membawa pengunjung ke dalam dunia supernatural.

Pendekatan ini bukan sekadar menghidupkan semula kisah tradisional, sebaliknya mengolah pengaruh cerita rakyat berkenaan dalam suasana taman tema moden bagi memberikan pengalaman seram yang berbeza.

Dibangunkan sepenuhnya oleh pasukan tempatan

Menariknya, Sawadee Screamfest dibangunkan dan diterbitkan sepenuhnya oleh pasukan Sunway Lost World Of Tambun, merangkumi hala tuju kreatif, penceritaan, reka bentuk tarikan, produksi dan pelaksanaan acara.

Selepas lima edisi berturut-turut, acara itu terus berkembang dengan konsep asli yang disesuaikan mengikut persekitaran destinasi berkenaan.

Selain lapan tarikan rumah berhantu, pengunjung turut boleh menikmati lima tarikan terpilih dan tujuh pentas persembahan secara langsung.

Antara tarikan yang disenaraikan ialah Stormrider, Dragon Flights, Giddy Galleon, Perak Parade dan Swan Lake.

Menurut Pengurus Besar Sunway Lost World Of Tambun, Brian Francis, pihaknya mahu memainkan peranan lebih besar daripada sekadar mengendalikan tarikan dengan menghasilkan pengalaman tersendiri untuk pengunjung.

Beliau berkata, Screamfest memberi peluang kepada pasukannya untuk merealisasikan idea menerusi gabungan penceritaan, reka bentuk kreatif dan produksi, selain meneroka pengaruh budaya berbeza bagi menghasilkan pengalaman baharu.

Screamfest tambah pilihan aktiviti pelancongan di Ipoh

Berlatarbelakangkan persekitaran tropika menghijau dan formasi batu kapur yang menjadi antara ciri destinasi berkenaan, Sawadee Screamfest 5 melengkapi pilihan pengalaman sedia ada di Sunway Lost World Of Tambun.

Destinasi itu turut menawarkan mata air panas semula jadi, tarikan keluarga dan aktiviti pada waktu malam, menjadikan acara berkenaan satu lagi pilihan buat pengunjung yang merancang percutian ke Ipoh.

Sama ada berkunjung khusus untuk merasai pengalaman seram atau menjadikannya sebahagian daripada percutian lebih panjang, Screamfest menawarkan cara berbeza untuk meneroka destinasi berkenaan.

Maklumat Sawadee Screamfest 5

  • Tarikh: 16, 17, 18, 23, 24, 25, 30 dan 31 Oktober serta 1 November 2026
  • Masa: 7.25 malam hingga 11 malam
  • Lokasi: Sunway Lost World Of Tambun, Sunway City Ipoh
  • Pengalaman: Lapan rumah berhantu, lima tarikan dan tujuh pentas persembahan secara langsung
  • Tema: Seram berinspirasikan budaya dan cerita rakyat Thailand
  • Tiket dan maklumat lanjut: https://sunwaylostworldoftambun.com/screamfest5/

Pengunjung boleh mendapatkan maklumat terkini menerusi laman web rasmi Sunway Lost World Of Tambun serta mengikuti Sunway Lagoon Studios di Facebook, Instagram, YouTube, TikTok dan RedNote.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved