SAY pelawa asnaf, ibu tunggal sertai seminar usahawan wanita secara percuma 12 April

5 Apr 2023 • 1:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 5 APRIL: Selangor Youth Community (SAY) mempelawa wanita golongan asnaf, ibu tunggal dan berpendapatan bawah RM3,600 untuk menyertai Seminar Usahawan Wanita Selangor secara percuma pada 12 April.

Ketua Pegawai Eksekutif SAY berkata seminar dengan kerjasama pejabat EXCO Pembangunan Usahawan dijadual berlangsung di Grand Ballroom Hotel Sunway Resort mulai 3.30 hingga 6.30 petang.

“Seminar ini bertujuan memperkasa wanita asnaf, ibu tunggal dan B40 dalam bidang keusahawanan dengan memberikan ilmu, kemahiran dan sumber untuk menjana pendapatan melalui perniagaan.

“Penyertaan adalah percuma dan terhad kepada 100 peserta sahaja. Juadah berbuka puasa turut disediakan kepada semua peserta,” kata Nurul Azwa Mohd Rodzi.

Dalam majlis berkenaan, EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail turut dijadual melancarkan Liga Usahawan Wanita Selangor 2023.

Sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubungi 018-359 3797 (Naim) dan pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan tinyurl.com/LUWS2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved