Saya ada ayah tapi macam tiada. Dia hina, mengata saya di media sosial- Zara Zya

16 Jul 2024 • 11:40 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

“Saya ada ayah tapi macam tiada…”

Luahan pelakon Zara Zya atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin di platform Threads mengenai bapa kandungnya telah menarik perhatian ramai.

Menerusi perkongsian pelakon berusia 38 tahun, dia mendedahkan bapanya tergamak melemparkan kata-kata hinaan dan cacian kepadanya.

Saya ada ayah tapi macam tiada…

Dalam hantaran itu, Zara Zya meminta orang ramai agar tidak membuli dan bercakap hal negatif mengenai dirinya.

Malah, dia turut meminta orang ramai tidak bertanya mengenai bapa kandungnya meskipun figura itu wujud.

“Saya ada ayah tapi ‘tak ada’. Ayah saya? Sudah berapa banyak akaun palsu dia yang saya sekat.
“Hina, mengata saya di media sosial. Itu atas talian, secara ‘offline’? Semestinya lebih rancak. Jadi jangan tanya mana ayah saya, siapa ayah saya,”luahnya.

image is not available

Sementara itu, Zara memaklumkan bahawa dia telah mengumpul dan menyimpan semua bukti untuk digunakan sekiranya perlu.

“Pernah wartawan cari saya dan cakap ada seorang lelaki call , cerita tentang saya dan dia kenalkan diri sebagai ayah saya.Bukti… banyakkk saya simpan. Jadi jangan tanya mana ayah saya siapa ayah saya… YTJT (yang tahu sahaja tahu),”luahnya lagi.

Zara Zya tiada kawan

Bercerita dengan lebih lanjut, Zara memaklumkan hubungannya dengan rakan sudah tidak seakrab dahulu dan masing-masing mula menjauhkan diri.

“Saya ini jujur, tak fake. Orang tak suka berkawan dengan saya sebab diri ini membosankan. Jangan tanya mana kawan-kawan saya.
“Saya tak ada kawan dan kalau dulu ada yang rapat, sekarang tidak lagi. Semua pun sudah ada haluan sendiri. Makin menyepi,”katanya.

image is not available

Dalam pada itu, Zara mendedahkan dirinya kini sedang berjuang dengan penyakit ‘misteri’ dan memerlukan rawatan di hospital.

Kongsinya, dia menghidap anxiety, selain dirinya yang ambivert termasuk gagal dalam melakukan perniagaan dan tiada kawan.

image is not available

Dalam kesempatan itu, Zara meminta jasa baik orang ramai untuk mendoakan dirinya diberi kesihatan yang berpanjangan dan dipermudahkan urusan selain diberi kekuatan dalam menghadapi ujian.

Sumber: Threads @zarazya