“Saya Ada Masalah Jantung Tahap Tiga” – Bapa OKU Gigih Kerja Baiki Kasut Demi Sara 3 Orang Anak, Isteri Pula Larikan Diri

LocalFamily & Parenting
8 Aug 2025 • 8:15 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular di platform TikTok satu video memaparkan seorang bapa yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) gigih bekerja demi menyara tiga orang anaknya.

Pakcik OKU bekerja demi sara tiga orang anak

Hal yang lebih membuat ramai berasa sebak apabila mengetahui pakcik yang bernama Razak Baba, 55, tersebut menghidap masalah jantung tahap tiga.

Difahamkan daripada pendedahan Razak, isteri didakwa telah melarikan diri tanpa memaklumkan apa-apa dan membawa barang keperluan.

“Saya lah ayah, saya lah ibu..”

Saya balik kerja, isteri dah tiada di rumah. Dia bawa semua barang-barang. Sekarang ini, saya lah ayah, saya lah ibu. Saya perlu bekerja cari rezeki yang halal untuk membesarkan anak tiga orang, seorang umur 18, 16 dan 10.

Razak meluahkan rasa syukur kerana menerima bantuan wang tunai sebanyak RM500 daripada orang ramai serta pemilik video itu yang bernama Ustaz Jungler menyeru agar mana-mana pihak yang menonton video tersebut menghulurkan bantuan bagi meringankan beban Razak.

image is not available 2025-01-30 11:34:21

Lelaki OKU Mental Dipukul Orang Awam Dah Keluar Hospital, Menanti Hari Tunai Umrah Bersama Keluarga