“Saya akan bersikap flexible & toleransi” – Jofliam Dapat Hak Jagaan Penuh Untuk Kedua-dua Anaknya

Family & Parenting
22 Sep 2026 • 1:50 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft jofliam

Selepas melalui pelbagai kekusutan berkaitan hal peribadi yang menjadi perhatian ramai, pempengaruh Jofliam akhirnya berkongsi perkembangan terbaharu mengenai hak penjagaan dua anak kandungnya, Han dan Yuki.

Hari ini, Jofliam memaklumkan bahawa mahkamah pada hari ini telah memuktamadkan hak jagaan penuh atau hak hadanah bagi kedua-dua anaknya diberikan kepadanya selaku ayah kandung.

Artikel berkaitan : Jofliam Kongsi Berita Gembira Cahaya Mata Baharu, Nama ‘Dylan Asmara Jofliam’ Jadi Pilihan

Artikel berkaitan : “Walaupun sepatutnya kena banyak rest” – Jofliam Beri ‘Hint’ Dewi Sedang Hamil?

“Pada hari ini, mahkamah telah memuktamadkan hak jagaan penuh bagi kedua anak kandung saya, Han dan Yuki, jatuh kepada ayah kandung iaitu saya. Pihak-pihak telah menarik balik dan mahkamah juga telah menggugurkan kes komitan terhadap saya.”

Dengan tanggungjawab sebagai pemegang hak hadanah penuh, Jofliam berkata dia akan menjalankan amanah tersebut sebaik mungkin demi kedua-dua anaknya.

Dalam masa sama, dia turut menyatakan kesediaan untuk bersikap fleksibel dan bertoleransi demi kebajikan anak-anak.

Screenshot 2026 09 22 134042

“Saya akan bersikap fleksibel dan bertoleransi demi anak-anak. Terima kasih ya Allah. Saya juga memohon maaf atas kekusutan yang telah berlaku melibatkan hal peribadi di khalayak. Sekarang adalah masa untuk saya fokus mencari rezeki demi keluarga baru saya,” katanya.

Dalam hantaran sama, Jofliam turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan dan memberikan yang terbaik buat dirinya serta anak-anak.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved