'Saya akan buat Piala Daddy dan Piala Cap Susu', sindir TMJ

LocalFootball
19 Aug 2024 • 2:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kenyataan Tunku Ismail di laman Facebook.

PEMILIK Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim seolah-olah menyindir pasukan Selangor FC selepas skuad Gergasi Merah itu memenangi Piala Sultan Selangor pada Sabtu.

Tunku Ismail yang juga Pemangku Sultan Johor berkata, kemenangan tersebut umpama syok sendiri selain menyifatkan piala tersebut tidak diiktiraf di negara ini.

"Di Malaysia trofi yang diiktiraf Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia, Piala Sumbangsih saingan AFC. Untuk layak ke kejohanan antarabangsa pula iaitu Liga Super dan Piala FA.

"Kalau buat piala syok sendiri dan raikan macam menang piala rasmi, saya akan buat Piala Daddy, dan Piala Cap Susu mulai tahun depan.

"Pasukan lawan kena cari yang lemah lemah. Yang pelik tak ada perasaan malu. Kes kronik syok sendiri, " tulis baginda di laman Facebook miliknya.

Pada Sabtu lalu, Pilihan Selangor berjaya mempertahankan Piala Sultan Selangor selepas menewaskan Pilihan Singapura 2-1 di Stadium Merdeka.

Ia menjadi piala ketiga yang berjaya dimenangi skuad kendali Nidzam Jamil itu selepas Piala Selangor Asia Challenge dan RCTI Premium Sports.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved