Saya Akan Buat Piala Daddy, Dan Piala Cap Susu – TMJ

LocalFootball
19 Aug 2024 • 3:22 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim seolah-olah menyindir pasukan Selangor FC dengan berkata mahu buat Piala Daddy dan Piala cap susu selepas skuad itu memenangi Piala Sultan Selangor pada Sabtu.

Menerusi satu hantaran di Story Facebook, Tunku Ismail yang juga merupakan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) berkata di Malaysia, hanya ada lima piala yang diiktiraf iaitu Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia, Piala Sumbangsih dan saingan AFC.

TMJ mahu buat Piala Daddy dan Piala Cap Susu

image is not available

“Untuk layak ke kejohanan antarabangsa pula adalah Liga Super dan Piala FA,” katanya.

Tunku Ismail, yang juga merupakan pemangku Sultan Johor juga menyindir jika piala sendiri dirai seperti memenangi Piala rasmi, maka dia juga akan membuat piala sendiri.

image is not available

“Kalau piala syok sendiri dah raikan macam menang Piala rasmi, saya akan buat Piala Daddy dan Piala cap susu mulai tahun depan.

“Pasukan lawan kena cari yang lemah-lemah. Yang pelik, takda perasaan malu. Kes kronik syok sendiri,” sindirnya.

Pada Sabtu lalu, Pilihan Selangor berjaya mempertahankan Piala Sultan Selangor selepas menewaskan Pilihan Singapura 2-1 di Stadium Merdeka.

image is not available

Ia menjadi piala ketiga yang berjaya dimenangi skuad kendali Nidzam Jamil itu selepas Piala Selangor Asia Challenge dan RCTI Premium Sports.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved