“Saya Akan Live Lepas Tadarrus” – Betty Rahmad Bersuara Isu Didakwa Kurang Ajar, Pekik Staf Di Celebfest

EntertainmentLifestyle
2 Mar 2026 • 10:54 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pempengaruh dan usahawan, Betty Rahmad baru-baru ini didakwa bersikap kurang ajar ketika berada di Celebfest Singapura.

Menerusi hantaran viral, seorang peniaga lelaki mendakwa Betty telah memekik pekerjanya ketika ingin membeli barangan.

Betty Rahmad didakwa kurang ajar dengan pekerja

Dakwa lelaki itu lagi, sebelum ini dia juga pernah melalui pengalaman kurang baik dengan kakak Betty sendiri iaitu Erma Fatima.

@aleafadam

Yang kakak dia pulak menjeling and said to me “beli tu je? ” when she saw I only bought $10 worth if items from her booth. Kau nak singaporean borong brapa banyak….

♬ original sound – Alif – Alif

Dakwanya, sebelum ini Erma bersikap biadap dan kali ini Betty Rahmad pula. Biar betul?

“Selepas tadarus saya akan jelaskan semuanya” – Betty

Menjawab kepada dakwaan tersebut, Betty menerusi satu hantaran di TikTok berkata dia baru sahaja sampai di tanah air.

Selepas berehat dan selesai urusan, dia akan tampil bersiaran langsung menjelaskan perkara sebenar.

image is not available

Betty berkata, terpulang jika ada netizen yang mahu percaya dengan tuduhan tersebut tetapi siapa yang mengenalinya pasti tahu bagaimana sikapnya.

Pssttt! Dalam isu ni, lebih baik kita dengar penjelasan kedua-dua belah pihak sebelum menghakimi seseorang. Boleh jadi juga ada salah faham yang berlaku.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Saya Akan Live Lepas Tadarrus” – Betty Rahmad Bersuara Isu Didakwa Kurang Ajar, Pekik Staf Di Celebfest appeared first on Oh! Media.