“Saya akan saman” – Faizal Azumu Nafi Buat Gangguan Seksual Terhadap Wanita

Entertainment
3 Aug 2023 • 5:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tular sebuah laporan polis di media sosial yang mendakwa Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita dengan memberi komen yang berbaur lucah.

Namun, bekas Ahli Parlimen Tambun itu menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan laporan itu adalah fitnah.

Memetik sumber Malaysiakini, Ahmad Faizal sudah membuat laporan polis ke atas wanita terbabit.

image is not available

“Saya buat laporan polis dan akan saman wanita tersebut kerana membuat fitnah terhadap saya,” katanya.

Dalam laporan polis itu, katanya, dia mengesahkan bahawa tuduhan-tuduhan yang dibuat adalah tidak benar dan yakin ada elemen hasutan jenayah dan fitnah.

Jelasnya pada hari dan waktu tersebut, beliau berada di Negeri Sembilan kerana menjalankan tugas-tugas rasmi sebagai Timbalan Presiden Bersatu.

“Ramai saksi yang boleh mengesahkan kehadiran saya,” katanya lagi.

Dalam laporan polis yang tular itu, seorang wanita mendakwa ketika kejadian dia sedang berjalan ke pejabat di Plaza Damas apabila seorang lelaki yang didakwanya sebagai Ahmad Faizal Azumu mengeluarkan kata-kata kurang sopan terhadapnya.

Menurut sumber, pihak polis mengesahkan bahawa memang ada laporan polis tersebut dibuat namun laporan itu ditarik balik pada hari yang sama oleh pengadu.

Sementara itu, Ahmad Faizal menyatakan beliau berhak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap pihak yang terlibat dengan dakwaan tersebut.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.