“Saya Akan Update, Itu Saja Untuk Setakat Ni..” – PU Abu Nafi Bercerai, Hanya Buat Haluan Masing-Masing

17 Oct 2023 • 12:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Berita mengenai peserta program Pencetus Ummah (PU), Abu Sufyan bercerai dengan kedua-dua isterinya telah membuat warganet ‘terkejut’, lagi-lagi selepas dia memuat naik hantaran seperti memberi bayangan perkahwinan bersama isteri-isterinya sudah berakhir.

Tampil memberi penjelasan kepada pihak Oh Bulan, PU Abu memberitahu dia serta isteri-isteri iaitu Ain Afini dan Hana Azraa bakal membuat haluan masing-masing.

Apabila ditanya sama ada membuat haluan masing-masing itu adalah perceraian, PU Abu hanya meminta untuk tunggu berita terkini daripada dirinya saja.

image is not available

Bawa haluan masing-masing. Apa-apa saya akan update dalam media sosial saya. Untuk setakat ini, itu sahaja yang saya boleh maklumkan.

Difahamkan, pada Isnin malam, PU Abu telah pun berbincang dengan isteri-isteri untuk membuat haluan sendiri selepas kemelut rumah tangga terus berlarutan selama enam tahun.

Bahkan, turut mengakui bahawa dirinya gagal menjadi ketua keluarga yang mampu memberi kebahagian serta keharmonian dalam rumah tangga.

image is not available 5 hours ago

"Di Mana Silapnya?" - PU Abu Cerai Kedua-Dua Isteri, Bawa Haluan Masing-Masing