“Ini adalah keputusan kami bertiga” – PU Abu Beri ‘Hint’ Bakal Berpisah Dengan 2 Isterinya?

Entertainment
17 Oct 2023 • 11:45 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Rumah tangga Pencetus Ummah Abu Sufyan atau lebih dikenali dengan panggilan PU Abu dengan kedua-dua isterinya iaitu Ain Afini dan Hana Azraa dipercayai bakal berakhir.

Pendedahan itu dimuat naik oleh Abu menerusi perkongsiannya di Instastory yang seakan-akan memberi bayangan bahawa mereka bertiga bakal membawa haluan masing-masing.

Dalam beberapa hantaran di Instastory, Abu memberitahu keputusan tersebut dibuat selepas mendapat kata sepakat untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga selama hampir enam tahun.

image is not available

“Selepas berbincang, kami bertiga akan membawa haluan masing-masing. Demi kebaikan semuanya. Tidak ada lagi kebaikan dan kata-kata sepakat yang dapat dicapai.

“Ini adalah keputusan kami bertiga setelah cubaan demi cubaan yang dilalui oleh masing-masing. Tidak ada apa-apa kepentingan melainkan hanya ingin selesaikan kemelut selama hampir enam tahun ini,” katanya.

image is not available

Dalam pada itu, Abu juga meminta agar kedua-dua isterinya tidak dipersalahkan dalam kemelut yang berlaku antara mereka.

“Anak-anak? Insya-Allah semuanya akan baik, anak tetap anak,” katanya lagi.

image is not available image is not available

Untuk rekod, Abu mendirikan rumah tangga dengan Ain pada 2018 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata. Manakala bersama Hana pula mereka memiliki seorang cahaya mata lelaki.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.