“Saya Akui Khilaf Kurang Cerdik” – ‘Show Off’ Rehat 3 Jam Siap Karaoke, Wanita ‘Gomen’ Dedah Kontrak Dah Tamat

26 Jan 2024 • 2:00 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, kecoh di media sosial selepas seorang wanita ‘gomen’ (pekerja kerajaan) sakan menikmati ‘lunch break’ selama tiga jam hingga membuat netizen berasa cemburu.

Perkhidmatan kontrak tak disambung

Disebabkan hal itu sudah tular, wanita terbabit tampil beri penjelasan bahawa dirinya berkongsikan konten seperti itu hanyalah ‘suka-suka’.

Malah memaklumkan sudah tidak bekerja lagi di syarikat tersebut susulan perkhidmatan sebagai pekerja kontrak sejak September tahun lalu sudah tamat.

image is not available

Saya berehat di luar bukanlah selama tiga jam. Lebih kurang sejam saya berada di pusat hiburan. Masa selebihnya saya dah berada di pejabat untuk solat zohor.

Akui kekhilafan diri

Susulan hal ini menjadi kecoh di media sosial, wanita tersebut akui kekhilafan diri kerana telah melanggar etika kerja apabila dia tidak membuka lanyard ketika waktu rehat.

Bahkan, ramai juga yang mengkritik wanita terbabit kurang cerdik kerana akui dirinya dapat jawatan di sektor awam disebabkan mempunyai ‘orang dalam’.

Tidak mempunyai sebarang niat untuk menunjuk-nunjuk, wanita itu berkata balasan komen itu hanyalah sekadar gurauan sahaja.

image is not available

Difahamkan, hantaran yang dilakukan atas tujuan membuat permohonan maaf secara terbuka tetapi dia memilih untuk menutup ruangan komen, barangkali elak daripada netizen terus-menerus mengecamnya.

image is not available 3 days ago

"Mak I Kerja Situ" - Tular Wanita 'Show Off' Rehat 3 Jam Hari Jumaat, Mengaku Dapat Kerja 'Gomen' Pakai Orang Dalam