“Saya Akui Silap Saya” – Muat Naik Gambar Pegang Pasport, Ismail Izzani Bawa Diri ‘Healing’ Di Luar Negara

Music
27 Nov 2022 • 9:33 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Beberapa hari yang lalu, tular mengenai satu video memaparkan penyanyi muda, Ismail Izzani yang dilihat mencium seorang wanita berpakaian seksi di sebuah kelab malam.

Video tersebut mendapat respon netizen sehinggakan ada yang bertindak mengecam ibu kepada Ismail, Datin Suliza Salam.

Ismail Izzani akui silap, bawa diri ke luar negara

Terbaru, Ismail memuat naik satu kenyataan menerusi Instagram storynya menyatakan bahawa selagi mana ahli keluarga dan kenalan rapatnya mengetahui perkara yang sebenar, itu sudah mencukupi bagi dirinya.

image is not available

Biarkan saya. Selagi saya dan ahli keluarga tahu apa tindakan selanjutnya, itu sudah mencukupi.

Katakan saja apa yang anda nak. Saya akan terus kekal dengan cara saya, sayangi tenaga anda. Selamat menjalani hari yang indah semua.

Ismail turut mendedahkan bahawa dia mengakui segala kesilapan yang dibuatnya sehinggakan menjadi bualan ramai orang beberapa hari yang lalu.

image is not available

Bukan itu sahaja, Ismail juga memuat naik gambarnya memegang pasport sebagai ‘hint’ ingin membawa dirinya buat sementara waktu ke luar negara.

image is not available

Pada Jumaat, kecoh di media sosial mengatakan bahawa Ismail menghilangkan diri sejurus selepas tamat persembahannya di peringkat separuh akhir Muzik-Muzik. Dia dikatakan berbuat demikian kerana tidak mahu memberikan responnya terhadap video yang tular itu.

Kredit: Instagram Ismail Izzani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media