“‘Saya Anak Malaysia’ Tapi Tak Bayar Cukai?” – Cik Epal Dedah Punca Sebenar Jofliam Disekat Imigresen

LocalEntertainment
2 Jul 2025 • 11:42 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia cik Epal Jofliam

Sebelum ini, usahawan sensasi, Jofliam mendakwa bekas isterinya, Cik Epal menjadi punca dia dan anak-anak tidak dapat bercuti ke Koh Lipe bersama isteri barunya, Dewi.

Namun kini, segalanya terbongkar apabila Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud tampil mendedahkan punca sebenar kenapa Jofliam sebenarnya disekat oleh imigresen.

“Tak bayar cukai, tapi nak salahkan orang!” – Cik Epal

image is not available

Menurut Cik Epal, Jofliam disekat keluar negara bukan kerana dirinya, tetapi kerana gagal membayar cukai kepada pihak berkuasa.

Beriya dekat kotak pizza tulis ‘Saya Anak Malaysia’ tapi tak bayar tax. Memalukan betul jantan IC genap ni.

Kenyataan itu nyata mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang sebelum ini menyalahkan Cik Epal selepas Jofliam bermain ‘drama’ di media sosial.

Netizen dah muak dengan Jofliam

image is not available

Rata-rata netizen meluahkan rasa bosan dengan sikap Jofliam yang sering menjadikan bekas isteri sebagai kambing hitam, sedangkan banyak isu datang daripada dirinya sendiri.

Untuk rekod, Jofliam dan Cik Epal mendirikan rumah tangga pada 2014, namun selepas 10 tahun bersama, mereka akhirnya bercerai dengan talak satu.

Kini, Jofliam sudah berkahwin semula, tetapi kisah lama bersama Cik Epal nampaknya masih menjadi bahan di media sosial.

Pssttt! Jangan terlalu cepat menuding jari kepada orang lain. Kadang-kadang, masalah yang timbul sebenarnya berpunca daripada sikap sendiri.

Kredit:
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.