“Saya artis kegemaran komposer” – Aliff Syukri Tak Kisah Amy Ukays ‘Reject’ Buatkan Lagu Raya

Entertainment
15 Feb 2024 • 5:19 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebelum ini, usahawan kontroversi Aliff Syukri pernah menerbitkan beberapa lagu raya yang mencuri perhatian ramai. Bukan sahaja lagu-lagu itu yang sedap didengari tetapi penampilan dirinya serta penari-penari dalam video lagu tersebut juga dikecam netizen.

Bagi lagu raya tahun ini, Aliff Syukri dikatakan kena reject dengan komposer terkenal, Amy Ukays yang pernah menghasilkan lagu raya untuknya sebelum ini.

image is not available
Sumber: youtube

Ramai komposer lain boleh buatkan lagu untuknya

Walau bagaimanapun, Aliff Syukri sedikit pun tidak peduli dengan keputusan Amy malah yakin akan ada komposer lain yang mahu bekerjasama dengannya untuk menciptakan lagu raya tahun ini. Dengan adanya wang, impiannya untuk menyanyi lagu raya tahun ini juga akan tercapai.

Dia (Amy) feeling.. dia rasa dia seorang je ke boleh buat lagu? Poyo! Zaman sekarang tak kisah kau nak ke tak nak.. yang penting ada duit. Orang menunggu lagu-lagu saya dan penyanyinya Aliff Syukri. Saya malaslah nak layan gosip-gosip murahan ni.

image is not available
Sumber: youtube

Amy nak tumpang populariti?

Aliff yang tidak peduli dirinya tidak dapat bekerjasama dengan Amy berkata, komposer tersebut seperti sengaja menimbulkan isu ini kerana ingin menumpang populariti yang dimiliki olehnya. Dia juga yakin orang ramai pasti akan teruja melihat dirinya menyanyikan lagu raya.

Satu komposer tolak, seribu komposer datang. Saya ni artis kegemaran komposer dan semua penggiat seni Malaysia. Dengan suara saya yang sedap ni tak payah nak pakai komposer popular atau macam dia (Amy) yang menagih populariti daripada saya. Saya nyanyi je terus orang meremang dengar suara saya yang sedap ni!

Untuk rekod, Amy Ukays pernah bekerjasama dengan usahawan kosmetik tersebut untuk menciptakan beberapa lagu raya bagi tahun-tahun sebelum ini seperti La la Raya, Kelepok Raya dan Cak Cun Cak Raya.

Sumber: mStar

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.