Saya balik untuk selesaikan masalah -Tuanku Mukhriz

LocalPolitics
17 Sep 2026 • 11:14 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Saya balik untuk selesaikan masalah -Tuanku Mukhriz

SEPANG: “Saya balik nak selesaikan masalah ini.”

Demikian titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berhubung isu kemelut yang berlaku di Negeri Sembilan.

Baginda kemudian menzahirkan penghargaan atas sokongan yang diberikan oleh pelbagai lapisan rakyat khususnya yang menyambut keberangkatan pulang malam ini.

Titah Tuanku Mukhriz, baginda akan pulang ke Istana Seri Menanti, malam ini juga.

“Terima kasih atas sokongan yang kuat. Saya akan balik istana, mana lagi saya nak balik.

“Saya balik nak selesaikan masalah ini,” titah Tuanku Muhriz di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik tiba ke tanah air dari luar negara.

Baginda bertitah demikian sebaik diajukan soalan oleh wartawan yang hadir membuat lliputan ketibaan baginda.

Kepulangan Tuanku Muhriz dari lawatan luar negara dipercayai mahu menyelesaikan kemelut berhubung kedudukan baginda sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Sebelum ini, barisan Exco Kerajaan Negeri Sembilan menyatakan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz adalah sah dan mengiktiraf Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang baharu.

Bagaimanapun, Dewan Keadilan dan Undang (DKU) menegaskan Tuanku Muhriz kekal sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah.

Terdahulu, ketibaan baginda disambut lebih 300 penyokong malah, Tuanku Mukhriz turut meraikan rakyat yang hadir.

Laungan Daulat Tuanku mengiringi keberangkatan tiba baginda di KLIA sebentar tadi.-UTUSAN

The post Saya balik untuk selesaikan masalah -Tuanku Mukhriz appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved