Krisis Istana N. Sembilan: Pertembungan adat, undang-undang

LocalPolitics
18 Sep 2026 • 9:23 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Krisis Istana N. Sembilan: Pertembungan adat, undang-undang

SEREMBAN – Isu kedudukan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan bukan sekadar membabitkan soal kuasa, sebaliknya memperlihatkan pertembungan antara adat dan undang-undang konvensional yang mempunyai pe­ranan berbeza tetapi saling memerlukan.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Se­remban 3, Dr. Muhamad Fuad Abdul Karim berkata, keputusan turun takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bukan dibuat Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim, sebaliknya datang daripada Undang Yang Empat bersama Tunku Besar Tampin.

“Menteri Besar pula dilihat mengesahkan keputusan itu daripada sudut undang-undang.

“Pada masa sama, peranan Dewan Keadilan dan Undang (DKU) negeri masih berlangsung, jadi persoalannya bukan siapa yang lebih sah (valid), sama ada Menteri Besar atau DKU, tetapi prosedur atau institusi mana yang sebenarnya mempunyai legitimasi untuk membuat keputusan tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurutnya, percanggahan dan kekeliruan yang timbul menyebabkan proses undang-undang melalui mahkamah menjadi jalan untuk menentukan kesahan sesuatu keputusan.

“Ini berdasarkan kerangka perlembagaan dan undang-undang yang terpakai,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Sains Politik, UiTM Kampus Seremban, Dr. Ariff Aizuddin Azlan berkata, dalam isu ini beliau melihat terdapat percanggahan fundamental di mana setiap pihak berhujah bahawa mereka berada di kedudukan dan posisi yang selari dengan tuntutan
Perlembagan Negeri Sembilan 1959.

“Oleh itu, dalam konteks ini saya melihat bahawa DKU memiliki asas yang tersendiri dan ini sememangnya dijamin dalam perlembagaan negeri di mana Menteri Besar tidak boleh mengatasi secara terus posisi DKU.

“Dalam hal melibatkan adat dan istiadat orang Melayu, Menteri Besar bertindak sebagai ahli DKU untuk memohon segala bentuk nasihat agar perjalanan sistem adat tempatan terpelihara.

“Dalam hal ini, Menteri Besar dan DKU perlu berbincang semula untuk mencari titik persamaan agar dapat dinoktahkan polemik seumpama ini,” katanya.

The post Krisis Istana N. Sembilan: Pertembungan adat, undang-undang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved