“Saya Bangga Dengan Pencapaian Ni..” – Keluar Modal Hampir RM10K, Linda Onn Bina Konti Radio Sendiri Di Rumah

Music
1 Feb 2024 • 10:12 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Semenjak dua ini bekas penyampai radio Era FM yang cukup terkenal, Linda Onn dikatakan sanggup berbelanja lebih RM10K bagi membina konti radio dirinya sendiri di rumah dan diberi nama Onns FM.

Persiapan alat-alat

Menurut Linda, perbelanjaan tersebut dikeluarkan bagi membeli peralatan wajib bagi bersiaran di TikTok dan difahamkan semua persiapan tersebut dibuat olehnya sendiri.

Saya bangga dengan pencapaian ini walaupun tak boleh setup 100 peratus alat-alatan hebat. Daripada segi kos, kamera, pencahayaan, monitor, wifi memang sudah ada.

 

Yang saya keluar duit untuk switcher, sekitar RM8K, mixer lebih RM1K serta kabel, wayar dan lampu.

Bersiar di TikTok

Bukan itu sahaja, Linda juga ingin memulakan siaran barunya itu di TikTok terlebih dahulu dan berancang untuk menjemput rakan-rakan artis sebagai tetamu.

Ikutkan peralatan saya ada sekarang, boleh live terus di dua atau tiga platform serentak. Tapi sebabkan buat sendiri, sayalah penerbit, jurukamera, teknikal, muzik eksekutif, pengarah, penyampai, buat masa ini siar di TikTok dululah.

Kini, pendengar dapat berpeluang untuk mendengar Onns FM menerusi laman TikTok pada pukul 5 hingga 7 petang.

image is not available 2 weeks ago

"Bertuah DJ Sekarang, Kalaulah Bakatku Dihargai Dulu.." - Linda Onn Nafi Dulu Gaji Hingga Puluhan Ribu