Saya banyak belajar daripada mendiang: Hajiji

20 Apr 2024 • 3:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata beliau banyak belajar daripada mendiang Tan Sri Joseph Kurup terutamanya dalam menggalas tanggungjawab sebagai seorang pemimpin.

Hajiji berkata beliau juga pernah bertugas sebagai Pembantu Menteri di Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah pada 1994 di bawah Jospeh yang antara lain memberi peluang untuk beliau melihat sendiri cara kerja pemimpin yang dihormati di Sabah itu.

Ketua Menteri itu berkata antara kenangan paling manis adalah ketika mendiang membawanya ke Afrika Selatan, Namibia dan Mauritius pada 1994 bagi menimba pengalaman serta melihat sendiri negara luar.

“Banyak saya belajar dan terima pandangan serta nasihat daripada mendiang, kita akan kenang jasa dan khidmat bakti Tan Sri Joseph Kurup untuk selamanya. Kita kehilangan pemimpin dan sahabat dengan pemergian mendiang,” katanya.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang di Wisma Fook Lu Siew di sini, Jumaat.

Terdahulu, ketibaan Hajiji disambut anak mendiang iaitu Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup, sebelum bertanya khabar kepada ahli keluarga, antaranya isteri mendiang Puan Sri Melinda Mak Soak Fong.

Antara pemimpin tempatan dan rakyat Sabah yang hadir memberikan penghormatan kepada mendiang adalah Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan,

Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, dan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Kadzim M Yahya.

Turut hadir anggota Kabinet kerajaan negeri, termasuk Menteri Kewangan negeri Datuk Seri Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Christina Liew dan Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan negeri Datuk Phoong Jin Zhe.

Upacara penghormatan terakhir Joseph yang meninggal dunia Rabu lepas, akan diadakan selama empat hari bermula Jumaat, sebelum majlis pengebumian dijadualkan pada Selasa depan (23 April).

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.