
Rupa-rupanya ini cara sepatutnya aiskrim restoran ini dihidangkan
‘Saya Baru Tahu,’ Video Tunjuk Bagaimana Sepatutnya Aiskrim Restoran Ini Dihidangkan Jadi Perbualan. Jika sesuatu makanan dihidangkan dengan cara tertentu setiap kali, kita akan menyangkakan bahawa ini adalah cara SOP cara ia dihidangkan.
Bagi sebuah restoran makanan segera terkenal, cara ‘biasa’ mereka membuat dan menghidangkan aiskrim mereka mencetuskan perbualan netizen apabila seorang individu menunjukkan cara ‘sebenar’ melakukannya – menyebabkan netizen mempersoalkan mengapa langkah sedemikian tidak lagi dilaksanakan.

Sudu memainkan peranan
Baru-baru ini, sebuah video menunjukkan bagaimana restoran itu menyediakan aiskrim mereka tular di media sosial.
Dalam video terbabit, seorang pekerja merakam dirinya menuang aiskrim itu ke dalam cawan dan beberapa biji Oreo hancur dituangkan ke atasnya. Biasanya, ini adalah kaedah biasa dibuat yang akan diterima pelanggan.
Namun, pekerja itu kemudian dilihat memasukkan sudu ke dalam aiskrim dan menuang sambil mencampur ais krim melalui lubang sudu – dengan berkesan mencampurkan Oreo yang dihancurkan dan ais krim bersama-sama dalam proses itu.
Anda boleh menonton video tersebut di bawah:
So THAT’S why the spoon is like that??
pic.twitter.com/L5AESIyWbe
“Kenapa langkah ini tidak dilaksanakan lagi? Mesin problem? Tiada masa untuk stir? SOP baru? Malas?”
Menjawab video itu, pengguna Twitter @azrulazwarsam atau juga dikenali sebagai Azrul, bertanya mengapa pekerja restoran itu tidak melakukan kaedah ini lagi.
Katanya, “Kepada restoran ini dan para pekerjanya, kenapa anda semua tidak melaksanakan langkah ini lagi? (Saya) selalu dapatkan aiskrim berperisa vanilla dengan topping Oreo hancur. Sangat, sangat jarang saya dapatkan aiskrim ni dikacau. Kenapa? Mesin bermasalah? Tiada masa nak kacau? SOP baru? Malas?”
Rata-rata netizen bersependapat dengan beliau, dengan ramai menyatakan bahawa mereka tidak tahu ini adalah cara sepatutnya aiskrim ini dihidangkan.

Ada juga di kalangan netizen yang menyatakan ia mungkin bergantung pada pekerja, mungkin menjimatkan masa menjadi faktor tidak dapat melakukan kaedah ini.

Namun, segelintir netizen berkata ‘menjimatkan masa’ bukan alasan untuk tidak mengendahkan SOP yang ditetapkan oleh restoran berkenaan.

Apakah pendapat anda tentang ini? Bagi yang bekas bekerja di restoran fast food ni, cuba kongsi pengalaman dan pendapat anda tentang perkara ini di ruangan komen di bawah.



