Dijamin Halal, Little Oppa Di Icom Square Ini Tawar Hidangan Korea Lazat Dan Authentic

16 Apr 2023 • 10:51 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Makanan Korea dijamin Halal dan enak di Kuching.

Dijamin Halal, Little Oppa Di Icom Square Ini Tawar Hidangan Korea Lazat Dan Authentic. Buat pencinta makanan Korea di luar sana, anda perlu cuba makanan Korea lazat yang dihidangkan di Restoran Little Oppa, Icom Square Kuching ini.

Di sini anda boleh menikmati pelbagai menu makanan Korea yang menarik dan juga menu yang agak sukar didapati di tempat lain!

image is not available
Dijamin Halal, Little Oppa Di Icom Square Ini Tawar Hidangan Korea Lazat Dan Authentic. Sumber foto: I Love Borneo

image is not available
Sumber foto: I Love Borneo

Menu menarik yang anda perlu cuba

Antara menu best yang disediakan di sini adalah, Crispy Shrimp Bibimbab, Bulgogi Beef Bibimbab, Samgyetang, Cheese Jumeokbab, Seogogi Naengmyeon, Japchae, Wagyu Bulgogi, Gimbab, Pajeon, Banchan dan banyak lagi!

Banchan atau hidangan sampingan yang disediakan di sini memang on point terutama Kimchi mereka!

image is not available
Sumber foto: I Love Borneo

image is not available
Sumber foto: I Love Borneo

Korean Fried Chicken pun ada di sini

Selain daripada menu authentic Korea yang enak tersebut di sini juga ada menyediakan Korean Fried Chicken yang lazat dengan pelbagai perisa menarik untuk anda seperti Original Deep Fried Chicken, Yamyeong Sauce Deep Fried Chicken, Soy Garlic Sauce Deep Fried Chicken dan juga Honey Sauce Deep Fried Chicken.

Suasana restoran yang selesa dan tenang membuatkan restoran ini sesuai dijadikan tempat makan sesuai buat keluarga dan juga orang tersayang.

Dijamin Halal dan sedap, anda perlu cuba makanan Korea di Little Oppa ini!

Lagi tempat makan menarik untuk anda di sini: