“Saya Bayar RM2.60 (RON95) Walaupun Saya Dapat (Subsidi) – PM Anwar

LocalPolitics
15 Oct 2025 • 10:56 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Saya Bayar RM2.60 (RON95) Walaupun Saya Dapat (Subsidi) – PM Anwar

PUTRAJAYA — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa beliau tetap membayar harga penuh RON95 (tanpa subsidi) RM2.60 seliter meskipun layak menerima harga subsidi RM1.99 di bawah program BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

Beliau menjelaskan bahawa inisiatif ini menggambarkan komitmen kerajaan dalam melaksanakan pendekatan penyaluran subsidi yang lebih adil dan bersasar.

Ia sekali gus memastikan bantuan ini diterima oleh golongan yang benar-benar memerlukan dan bukannya disalurkan secara menyeluruh kepada semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang berkemampuan

Saya bayar RM2.60 (RON95) walaupun saya dapat (subsidi)” katanya sewaktu Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan bersama Perdana Menteri dan Menteri Kewangan di kemneterian itu hari ini.

Terdahulu, Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan mengumumkan Malaysia akan beralih kepada sistem subsidi bersasar petrol RON95 atau BUDI MADANI RON95 (BUDI95) mulai 30 September 2025.

Menerusi kenyataan itu, subsidi berkenaan merupakan manfaat kepada rakyat tempatan.

“Kerajaan MADANI telah mengotakan komitmennya untuk melaksanakan penyasaran subsidi RON95 dan mengurangkan harga petrol RON95 untuk rakyat Malaysia,” kata beliau.

Selain itu, rakyat Malaysia dapat membeli petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter berbanding harga pam petrol RON95 semasa iaitu RM2.05 seliter.

Bagi golongan yang tidak layak seperti bukan warganegara, mereka akan membeli RON95 pada harga yang akan ditetapkan oleh Kementerian Kewangan pada tahap tanpa subsidi, dianggarkan sekitar RM2.60 seliter

Rakyat yang memiliki lesen memandu aktif akan layak menikmati manfaat ini.

Menurut kenyataan lagi, semua warganegara tanpa mengira tahap pendapatan yang memiliki lesen memandu aktif akan layak menikmati manfaat BUDI95 secara automatik.

“Penjimatan daripada peralihan kepada BUDI95 ini akan diagihkan semula untuk manfaat rakyat seperti melalui bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 9STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

“Namun, tumpuan Kerajaan kekal kepada menambah baik perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan prasarana asas,” tambah Anwar.

Di samping itu, semua rakyat menerima siling kelayakan bulanan RON95 bersubsidi sehingga 300 liter sebulan.